Mula mencorakkan kerjaya ke arah yang lebih serius, pelakon cantik Reen Rahim menegaskan tiada lagi soal yang boleh dianggap sebagai ‘hanky panky’ daripadanya selepas ini.

Malah, soal peribadi seeloknya mahu disimpan rapi daripada ‘menjajanya’ di laman sosial.

Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Pilih Kasih ini bagaimanapun akui kini sedang nanti masa sesuai untuk bergelar isteri.

IKLAN

“Saya menunggu masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, namun buat masa ini belum lagi. Saya tidak sorok dan tidak menunjukkan siapakah bakal suami, namun saya memang tidak mahu menayangkannya di khalayak umum.

“Jika ada yang kata tidak tayang sebab bimbang dirampas, prinsip saya mudah, ada jodoh tidak ke mana,” katanya kepada media selepas Malam Gala dan Tayangan Perdana KL Vampires, pada Khamis.

IKLAN

Selain Reen, filem KL Vampires turut didukung barisan bintang terkenal lain, antaranya Aeril Zafrel, Raja Ilya, Saiful Apek dan Donny Alamsyah. Filem aksi ini bakal memulakan tayangan pada 14 November ini di pawagam seluruh negara.

Pada masa sama, Reen turut diminta mengulas isu selebriti yang gemar berkongsi kisah cinta di laman sosial, jelasnya itu hak individu.

IKLAN

“Itu hak individu untuk berkongsi kisah cinta mereka. Namun bagi saya, media sosial saya hanyalah untuk kerjaya sahaja, bukan melibatkan personal.

“Saya sudah mula menjaga media sosial supaya tiada perkara tidak sepatutnya dikongsi,” jelasnya optimis.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI