Tunjuk Foto Kek Saja, Elly Sambut Birthday Haider Mateen; “Alhamdulillah Anak Boy Papa Mama Dah 1 Tahun.”

Share

Selebriti Elly Mazlein menyambut ulang tahun kelahiran anak keduanya, Haider Mateen yang genap usia setahun, hari ini.

Perkhabaran tersebut dikongsikan penyanyi lagu Dusta Cinta itu menerusi hantaran terkini di Instagram, yang disertakan dengan foto kek hari jadi.

“Alhamdulillah anak boy Papa Mama dah 1 tahun. Happy birthday to my wonderful son, Haider Mateen. 23 October,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang disusuli dengan kredit.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan ucapan serta mendoakan kesejahteraan buat Elly seisi keluarga.

Untuk rekod, Elly berkahwin dengan suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Hos program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan itu, Elly turut dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tujuh tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH