Sekumpulan kecil kakitangan perubatan terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan di Colorado selepas penduduk di bandar itu menuntut hak kebebasan dan mahukan negara itu dibuka semula.

Sekumpulan besar penduduk bandar itu didakwa tidak berpuas hati dengan perintah berkurung yang dilaksanakan.

Jelas mereka, seharusnya sesiapa yang mahu berkurung boleh terus berbuat demikian, namun jangan sekat hak kebebasan rakyat lain.

IKLAN

Menerusi video yang dikongsi, seorang petunjuk perasaan menegaskan negara itu bukan negara komunis dan Amerika merupakan negara bebas.

IKLAN

Foto dua petugas itu menjadi tular di laman sosial dan warga Amerika Syarikat keseluruhannya menyifatkan kedua-duanya merupakan wira negara.

IKLAN

Sehingga kini, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah jangkitan paling tinggi di dunia dengan 792,938 kes dan 42,518 kematian dicatatkan.

Sumber : CNN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI