Berita

Tunjuk Video Fatima Sedang Bermain-Main, Fattah Amin Luah Rasa, – ” Dear Daughter, I Miss You.”

Share

Bekas suami kepada aktres, Nur Fazura iaitu pelakon Fattah Amin pada Rabu meluahkan rasa rindu terhadap puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Perkara itu dikongsikan Fattah menerusi hantaran di Insta stories.

Menerusi hantaran berkenaan, Fattah berkongsi semula video pendek yang memaparkan aksi kandid Fatima sedang bermain sambil menggayakan busana masyarakat India.

Ia turut disertakan dengan muzik latar yang dipetik dari runut bunyi filem, Kabhi Khushi Khabi Gham.

“Saya memikirkan Fatima setiap hari. Dan malam terasa sangat sukar kerana awak tiada di sisi. Buat anakku, saya sangat merinduimu,” tulisnya.

Kali terakhir Juara Hero Remaja 2011/12 itu berkongsi momen bersama Fatima di media sosial adalah pada 21 Oktober lalu iaitu ketika pelakon itu mengisi masa bersama keluarganya.

Imbas kembali, pasangan selebriti itu bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu dan hasil perkongsian hidup selama 7 tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial ‘Duda Hot’, Fattah Amin meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 3, baru-baru ini. Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin,34, sesi tersebut terisi dengan pelbagai aktiviti, termasuk bertemu dengan datuk dan neneknya. Dia pada masa sama turut syukur rezeki, jadual padat hingga awal tahun hadapan. #MHnews
#MediaHiburan #FYP ♬ slow piano music(1297827) – syummacha
Published by
MH