Usahawan terkenal, Hafiz Mahamad menitipkan pesanan istimewa buat anak lelakinya, Rayqal Arees yang baru sahaja selamat dilahirkan pada Selasa.
Dalam nukilannya itu, Hafiz mengamanahkan anaknya itu untuk sentiasa menghargai jasa dan melindungi ibunya yang telah banyak berkorban demi kebahagiaan keluarga.
“Anak ku, ini hadiah untuk awak. Ketika aku menulis ini, awak masih lagi berusia baru 18 jam. Rayqal Arees, Daddy syukur awak datang dalam kehidupan kami dalam keadaan sihat, semangat dan daddy tahu awak adalah ‘lelaki hebat’
“Wahai anak lelaki ku, seperti mana pun keadaan mu, ‘jangan pernah lupa tentang ibumu’. Besar jasa ibumu, jagalah hati mummy hingga nafas yang terakhir.
“Mummy awak seorang yang cantik, lembut. Puji dan jagalah dia seperti mana ‘atuk’ kamu menjaga mummy. Jangan pernah biarkan dia menangis kerana kecewa ataupun dihina manusia. Ibumu kuat menjaga kamu dan kamu ‘anak lelaki’ daddy pun harus kuat untuk menjaga keluarga
“Jika setitis air mata ibu mu jatuh, ambil penting perkara itu. Tanya dia sehingga kamu dapat jawapan. Mummy kamu suka sembunyikan. Tanya sampai dapat jawapan. Jika menitis kerana dia bangga dgn perjuangan kamu, kamu harus teruskan. Jika menitis kerana manusia lain, kamu harus kuat, bijak dan tahu ‘bagaimana untuk menguruskan’,” tulisnya.
Titipan tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pempengaruh, Syafiqah Aina itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Ads
Menerusi posting yang sama, Hafiz turut berkongsi sepotong video yang memaparkan situasi ketika Aina sedang melahirkan cahaya mata keduanya itu.
Dalam pada itu, Hafiz turut mengingatkan anaknya itu untuk tidak sesekali meninggi diri meskipun dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai bisnes yang sangat sukses.
“Membesar dan belajarlah anak ku. Rayqal, jangan merendahkan orang yang kamu rasa dia lemah. Angkat darjat dan pimpin mereka yang dalam keadaan lemah. Wujudkan jiwa ‘pemimpin’ dalam diri kamu
Ads
“Jangan pernah sombong, kerana asal usul orang tuamu juga seperti mereka. Orang orang ini adalah sahabat sahabat ku dan mereka yang menghulur doa untuk keluarga, perniagaan kita & ‘KAMU’. Kamu terhutang budi dengan mereka, membesar lah kamu untuk membantu Ummah
“@ainaabeautyofficial , ini punca rezeki daddy dan mummy. Di dalam ni ada pasukan dan hamba Allah yg perlu kamu hormati. Satu hari nanti, jika mereka memanjakanmu dan memanggilmu ‘anak boss’. ‘Tundukkan muka mu’ dan berlatih untuk ‘merendah diri’,” katanya lagi.
Lantaran itu, dia turut berharap agar anaknya itu dapat menjadi insan yang berguna buat keluarga dan masyarakat.
Ads
“Rayqal, ini hadiah untuk kamu. Hadiah daddy adalah, “Amanah” untuk kamu. Daddy akan mendidik kamu untuk menjadi ‘lelaki yg sebenar’. Jalankan tugasmu wahai anak
Kayakan lah ibumu, ingat pesan ini
“Cari lah kejayaan yang sebenar dalam hidupmu. Membesar, cari dan kenal lah ayat yang terakhir ni. Apa dia ? Ini yang selalu daddy pegang dan jadikan prinsip hidup. “Kejayaan Demi Kebahagiaan”. Kamu akan faham nanti,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh saat membaca nukilan tersebut selain turut memuji cara didikan Hafiz buat anak-anaknya itu.
Sekadar informasi, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017. Pasangan ini juga telah terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Narisa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hafiz Mahamad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Abang kepada penyanyi, Stacy Anam iaitu Chaq, 35, dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sibu, Sarawak jam 4.30 pagi, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaga Chaq di hospital.
“Abang saya sudah tiada,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Mstar pula melaporkan, pihak keluarga kini sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mendiang ke Penampang, Sabah dan berkemungkinan akan dikebumikan pada Rabu.
“Kami tak dapat mencari penerbangan pada hari ini (Selasa). Jadi, kami terpaksa tunggu sehari lagi.
“Stacy pula akan terus pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu,” kata Aldrich seperti yang dipetik.
Terdahulu, Chaq telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari yang lalu akibat kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.
Menurut keluarganya semalam, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan.
Doktor turut memberitahu mereka untuk terus berdoa memandangkan keadaannya yang tidak menentu pada ketika itu.
Selain itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.
Tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah serta hati dan buah pinggangnya juga terkesan.
Sekadar informasi, Chaq merupakan bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga pada 2009.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Harian Metro & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ushawan, Zarina Zainuddin menerusi Instagram ada mendedahkan, dia membawa salah seorang anaknya yang menghidap autisme, Azil ke hospital bagi bertemu pakar.
Menerusi status yang dipetik, bintang tersebut membawa anaknya ke sesi temujanji bersama doktor pakar Psychiatries UUM di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.
“Hari ini saya bawak azil untuk jumpa doktor pakar Psychiatries di UUM. Berbual dengan doktor pakar tentang azil dan kejadian baru2 ini. Doktor cakap azil sudah dewasa dose ubatnya perlu ditambah dan diberi sejenih lagi ubat penenang.
“Azil kalau sedang marah takda siapa yang boleh meredakan keadaan ..kecuali azal tapi azal pulak tak boleh tengok azil dalam keadaan begitu dia akan ikut tantrum sekali sebab azal dan azil kembar satu uri jadi pagi pagi azal dah keluar dia kata saya pegi gym ibu ..yea baiklah jalan elok2 apa2 call ibu share location bila dah sampai,” kongsinya.
Meski sedih dengan apa yang berlaku, namin Zarina mengakui dia tidak boleh patah semangat kerana mereka memerlukan kedia orang tua di sisi.
“Saya sedih keadaan ini tapi saya tak boleh patah semangat anak2 saya perlukan ibu dan abahnya ..telan saja apa yang berlaku saya sibukkan diri dengan perniagaan pulut.
“Rindu laa nak shooting azal cakap ibu sudah tak laku lagi berlakun ..hihi..takpe azal rezeki Allah bagi … InsyaAllah ada la nanti.
“Allhamdulillah tadi dah sign satu slot episod
Dan ada lagi telemovie ..sikit2 jadilah. Azil ni bila saya takde dia lagi pandai bawak diri dia tahu mak dia takde.
“Bila saya ada dia paling manja dan akan mengamuk bila tak penuhi permintaannya beli surat khabar sekarang dah 8 surat khabar dia ambik satu tajuk dua naskah balik rumah dia belek2 dulublepas tu dia bahagikan dan masuk dlm plastik buang dlm tong sampah tengahari ngamok lagi..petang ..nak lagi.
“Adam marah ibu manjakan sangat azil..
Biarlah dia takde gsmes atau handphone macam yg lain anggap itu mainan dia,” kongsi Zarina panjang lebar.
Tabung kecemasan bagi mengutip dana untuk pelakon Nad Zainal kini sudah mencecah sumbangan hampir RM70,000 selepas beberapa hari ia dilancarkan.
Perkembangan mengenai jumlah kutipan itu telah dikongsikan pengarah yang juga rakan baik Nad iaitu Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat.
Setakat pagi Khamis, jumlah kutipan berjaya dikumpul ialah sebanyak RM69,697 daripada sasaran iaitu RM200,000.
“Alhamdulillah, syukur. Tabung masih terus dibuka ya kawan-kawan sekalian,” tulis Ijat di ruangan kapsyen.
Sementara itu, pelakon Ungku Ismail Aziz berkata tabung yang diwujudkan hasil inisiatif rakan-rakan artis serta peminat Nad itu adalah bagi menampung kos rawatan medikalnya di hospital pakar serta untuk membantu meringankan beban keluarga aktres tersebut.
“Lebihan dari sumbangan kecemasan rawatan medikal pakar ini akan disalurkan terus ke penjagaan harian pasca penjagaan rawatan Nad.
“Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad agar kembali pulih sepenuhnya,” tulis Ungku Ismail.
Nad dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan di paru-paru sejak 20 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.