Tuntutan perceraian Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.
Memetik laporan Gempak, keduanya telah diminta hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai oleh Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail.
“Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” kata Nabila seperti dipetik.
Sementara itu, Sharnaaz pula menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.
“Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.
Terdahulu Nabila berkongsi foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pasangan ini dikatakan sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman. Sharnaaz dan Nabila diijabkabul pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad, setahun.
Foto : Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Sesekali Terfikir Atau Terdetik Di Hati Yang Susu…,” – Sari Yanti Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak
Pelakon, Sari Yanti yang kini bahagia membesarkan anak bongsunya, Dariya Inara yang dilahirkan pada 25 April tahun lalu mengakui, dia lebih selesa untuk menyusu badan.
Meski ia bukanlah pengalaman pertama dalam menyusukan anak, Sari Yanti seperti yang dipetik menerusi Mingguan Wanita bagaimanapun memberitahu, tugas menyusukan anak bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi, ia demi memastikan anak kekal sihat.
“Tidak dinafikan terdapat lambakan suplemen untuk kaum ibu tambah susu badan di luar sana. Tetapi saya memang tidak mengambil sebarang suplemen.
“Paling penting bagi ibu yang menyusukan anak seperti saya sendiri, sentiasa berfikiran positif kerana menyusukan anak bukan perkara yang senang,” katanya.
Ujarnya lagi, proses menyusukan anak akan kian sukar apabila anak bayi semakin membesar.
“Lebih-lebih lagi apabila bayi makin membesar, proses menyusu badan menjadi lebih susah. Jangan sesekali terfikir atau terdetik di hati yang susu tak cukup nanti kesudahannya susu memang akan kurang. Percayalah permintaan susu akan ada bila ada penawaran. Jadi jangan bimbang susu tidak cukup,”jelasnya lagi.
Terdahulu, Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepah 25 Februari 2017. Sementara menerusi perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Foto: Mingguan Wanita, Instagram Sari Yanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Marissa Gembira Lihat Ibunya Miliki Bentuk Badan Ideal, Abby Abadi Jelaskan Pernah ‘Potong Usus’ Cuma…
“Saya gembira untuk Mama sebab mengenalinya, dia memang ada impian untuk tampil kurus dan sihat.”
Demikian kata anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, 19 yang tumpang teruja melihat transformasi ibunya itu yang kini tampak lebih ramping berbanding sebelum ini.
Menurut Marissa, ibunya memang komited untuk memiliki berat badan ideal hasil bantuan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim yang turut sinonim dengan dunia kecergasan.
“Dia memang ada target untuk kurus seterusnya miliki bentuk badan yang ideal dan kerjasamanya bersama produk Inayah lebih memudahkan ‘journey’ untuk ke arah itu,” katanya.
Marissa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Berryfull Honey Lemon di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Majlis sama turut menyaksikan Abby dilantik sebagai duta bagi produk berkenaan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, pemilihan Abby Abadi dilihat sebagai pilihan tepat dan pihaknya turut meminta Abby agar mencuba sendiri produk perisa baharu itu terlebih dahulu untuk melihat hasilnya.
“Pihak kami bersyukur jalinan kerjasama dengan Abby memberi impak yang besar. Mulanya, saya mendapat satu kiriman video daripada Fasha Sandha.
“Di dalam video tersebut, ia memaparkan Abby dan Azza (Elite) berkongsi pengalaman mereka kepada Fasha bahawa mereka juga ialah pengguna setia Berryfull.
“Mereka beli dan memang amalkan dan perkara tersebut sekaligus membuatkan pihak kami tertarik untuk melakukan kerjasama. Malah, tak sangka bila dia sendiri sudi beli dan poduk kami,” katanya.
Abby yang sinonim menerusi siri drama, Gerak Khas itu dilantik sebagai ‘Face Off’ Berryfull Honey Lemon pada Jun lalu dan perubahan ketara saiz badannya itu adalah testimoni sebenar yang dipantau sepenuhnya oleh pihak Inayah.
“Abby sudi menyahut cabaran yang diberikan iaitu wajib kurus dalam masa tiga bulan. Ketika hubungi Abby, berat badannya mencecah 75 kilogram (KG) dan dia sahut cabaran untuk turunkan berat badan sehingga 59KG pada bulan Ogos 2024.
“Kemudian barulah Abby dilantik sebagai wajah wakilan. Bersyukur bila dapat bekerjasama dengan artis yang sangat berdisiplin yang mampu membuktikan dia mampu miliki berat badan yang diimpikan,” katanya lagi.
Sementara itu, Abby turut mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mulai kurus mendadak selepas melakukan prosedur Bariatrik atau potong usus sebelum ini.
“Saya pernah buat bariatrik pada tahun 2019, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Cuma ketika itu, saya mungkin kurang kefahaman mengenai perkara itu. Pada pandangan saya, bila buat (bariatrik), tentu akan kurus.
“Jadi bila buat prosedur tersebut, saya jalani gaya hidup macam biasa. Iya, berat badan saya turun dalam tujuh ke lapan kilogram pada peringkat awal. Ketika itu berat badan saya lebih 80KG.
“Kemudian tak turun-turun sebab saya tidak jaga. Rupanya bila buat itu, saya kena jadi ‘orang lain’. Kena konsisten bersenam, jaga makan dan sebagainya.
“Dalam tempoh empat tahun, berat badan saya kekal bawah 80KG. Saya tak pernah pun kurus macam sekarang, lebih-lebih lagi selepas saya tinggalkan dunia lakonan sekejap.
“Maknanya saya pernah ‘potong’, dan sekarang ini saya diet dan amalkan gaya hidup sihat. Senang cakap, kalau saya tidak jaga, memang tak jadilah (kurus).
“Kalau orang di luar sana yang boleh buat prosedur itu, dia juga kena menjadi orang lain selepas itu,” katanya lagi yang sebelum ini kerap mengambil makanan manis.
@mediahiburanofficial Penampilan terkini Abby Abadi, makin kurus ramping! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh! Kesan Calar-Balar Di Lengan PU Abu Undang Tanda Tanya,” Kena Gigit Tungau” Kata Tuan Badan
Awal semalam, Pu Abu atau nama lengkapnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ada berkongsi sekeping foto di Instagram yang merakamkan kesan calar pada kedua-dua bahagian lengannya.
Sekali gus, ia mengundang pertanyaan netizen mengenai apakah punca yang menyebabkan kesan sedemikian, lebih-lebih lagi kapsyen yang ditulis Abu seakan-akan membayangkan suatu insiden telah berlaku.
View this post on InstagramA post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on
“Alhamdulillah aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa2 yg berlaku hanya sekadar calar balar cili bili culu bulu di tangan.
“4 – 5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku.Allah adalah sebaik2 pelindung.
“Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuat dari siapa kita hari ini,kuncinya hanya satu iaitu SABAR,” tulis bapa kepada seorang cahaya mata ini.
Bagaimanapun, penceramah bebas ini tidak pula menjelaskan hal sebenar yang berlaku, meski ditanya ramai menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi Insta Stories pula, Abu turut memaklumkan telefon bimbitnya telah hilang.
Foto: Instagram PU Abu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI