Turun 8 Kg Dalam Sebulan, Ini Yang Yazmin Aziz Lakukan

Share

Berjaya menurunkan sebanyak 8 kilogram berat badan dalam tempoh kurang sebulan, penyanyi Yazmin Aziz berkongsi rahsianya tampil langsing menawan dalam masa  singkat.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, Yazmin atau nama sebenar, Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 21, mendedahkan dia tidak mengambil sarapan pagi.

Malah paling penting, dia juga langsung tidak mengambil minuman bergula dan berkarbonat untuk mengekalkan dietnya.

“Memandangkan ramai yang nak tahu macam mana saya boleh turun 8 kg dalam tempoh masa kurang dari sebulan, jadi saya akan kongsikan rahsia.

“Sebelum itu, semua tips yang saya kongsi, itu yang saya buat.  Kalau korang rasa tidak sesuai, bad ideas, it’s okay.

“Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas… hanya minum air kosong.

“Kedua, saya tak ambil sarapan.  Saya hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur dan saya langsung tidak makan nasi,” katanya.

@yazminaziz Replying to @shai🦉 Ada lagi yang saya buat. Nak tahu lagi? #fyp #tiktokmy #tips ♬ original sound – Yazmin Aziz

Yazmin menambah, apa yang dilakukannya adalah mengikut kesesuaian diri dan terbuka sekiranya ada yang mempunyai tips diet selain yang diamalkan.

Bintang Big Stage 2022 itu turut menjelaskan, dia tidak pernah ketinggalan untuk melakukan sesi ‘workout’ pada setiap hari dalam mendapatkan tubuh badan idaman.

“Akhir sekali, pergi gim atau buat ‘home workout’. 

Saya akan pastikan setiap hari pergi gim. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Juliana Johar