Selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa bimbang apabila berlakunya peningkatan kes baharu Covid-19 di seluruh negara.
Tambahan pula, institusi sekolah masih dibenarkan beroperasi di kebanyakan kawasan seperti biasa meski bilangan kes positif semakin meningkat.
Lalu, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob ada menyuarakan pendapat agar pihak kerajaan untuk menutup sekolah buat sementara waktu kerana bimbang dengan keselamatan anak.
“Saya rotan dengan #Whisk atau #Spatula boleh tak? Kan dah cakap hari tu! TUTUP JE SEKOLAH! START DENGAN SEKOLAH RENDAH DULU! Korang masih hantar anak2 ke sekolah ke? (Sumber screen capture: Twitter @redzuannewsMPB),” tulisnya.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu genre dangdut dan pop, Baby Shima mendedahkan dia senang bekerjasama dengan Haziq Rosebi ketika merakamkan lagu baharu mereka berjudul Pujuk.
Bagi Shima, sikap Haziq yang tidak sombong dan rendah diri nyata memudahkan proses rakaman lagu dan pembikinan video muzik untuk lagu berkenaan.
“Sepanjang bekerjasama dengan Haziq, semuanyaberjalan lancar dan dipermudah. Saya rasa sangat selesa.
“Bagi saya, dia orangnya baik, tak sombong, peramah dan tidak susah bekerja dengan dia. Dapat bergandingan dengan artis yang ada personaliti yang bagus dan komited pun satu rezeki juga.
“Malah saya pun kagumi dengan kualiti vokal Haziq, lebih-lebih lagi apabila dia menyanyikan lagu irama Malaysia. Suaranya tak perlu dipertikaikan lagi,” katanya.
Sejak teaser lagu Pujuk dimuat naikke media sosial, naskah ciptaan Affan Mazlan itu juga pantas menerima maklum balas positif dalam kalangan warganet.
“Alhamdulillah… Saya baru sahaja muat naik teaser lagu Pujuk dalam hantaran di Instagram. Tak sangka ramai yang suka dan tak sabar-sabar untuk mendengar versi penuh lagu itu.
“Tidak dinafikan, selepas muncul dengan lagu Ikatan Asmara duet bersama Allahyarham Fairuz Misran, ada peminat ada mahu saya keluarkan lagi lagu irama tradisional lagi.
“Jadi lagu Pujuk ini adalah hadiah buat mereka dan ia mengisahkan mengenai pasangan kekasih yang saling memujuk apabila bergaduh-gaduh manja.
“Biasalah, perempuan bila merajuk… mestilah lelaki kena pujuk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shima juga akui lagu irama tradisional perlu terus dinyanyikan oleh pelapis muda kerana ia merupakan identiti bangsa kita.
Lagu Pujuk akan dilancarkan hari ini, 28 Oktober ini di saluran YouTube MVM Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Aedy Ashraf mengakui dia mengetahui dan ambil maklum mengenai kes saman melibatkan seorang penulis skrip bagi sebuah drama terhadap aktres, Amelia Henderson yang masih lagi belum selesai.
Meski tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Amelia, namun pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu mendoakan yang terbaik.
“Saya tahu mengenai perkara itu dan kami masih bercakap (mengenai isu itu) sebagai seorang kawan. Pada saya, sentiasa mendoakan yang terbaik buat kepadanya.
“Saya tak ada nak cakap apa-apa cuma saya harap kemenangan dan keadilan akan berpihak kepada Amelia,” katanya ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar: Kapla High Council di Six In The City, Petaling Jaya pada Rabu.
Aedy pada masa sama yakin Amelia mampu mengharungi ujian yang dihadapi memandangkan dia seorang wanita yang kuat dan cekal.
“Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini dan perkara-perkara yang tak dapat nak dielak seperti ini berlaku. Sudah tentu saya berasa simpati dengan Amelia.
“Tetapi saya tahu, dia seorang wanita yang sangat kuat dan cekal untuk menghadapi segala apa yang terjadi pada dia ketika ini.
“Dan saya yakin, satu Malaysia sedang mendoakan segala urusan dia dipermudahkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai hubungan terkininya dengan Amelia, Aedy akui dia masih lagi berhubung sebagai kawan dan terbuka untuk bekerjasama di dalam mana-mana karya selepas ini.
“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan Amelia di masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, kes saman penulis skrip drama ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ iaitu Rehal Nuharis terhadap Amelia diteruskan selepas proses mediasi yang diadakan di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur gagal diselesaikan secara baik, baru-baru ini.
Difahamkan, kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat yang membabitkan syarat-syarat penyelesaian dalam proses mediasi yang dijalankan.
Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 3, baru-baru ini.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin,34, sesi tersebut terisi dengan pelbagai aktiviti, termasuk bertemu dengan datuk dan neneknya.
“Dia gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa dia jalan-jalan dan belikan permainan.
“Saya juga turut bawanya isi masa dengan ahli keluarga saya yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” katanya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) di Putrajaya, malam tadi.
Minggu lalu, Fattah berkongsi sepotong video dan gambar yang memaparkan dirinya bersama-sama Fatima yang turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Dalam pada itu, Fattah juga tidak menafikan jadual kerjanya yang kian padat menyebabkan berat badannya mulai susut.
“Jadual saya sudah penuh, tapi tidaklah sehingga hujung tahun depan. Sampai bulan Februari 2025, alhamdulillah.
“Nampak susut mungkin sebab kesibukan kerja juga, makan pun tak teratur sangat. Susut tak banyak, dalam dua ke tiga kilogram,” katanya lagi.
Nama Juara Hero Remaja 2011/12 itu menjadi perhatian sehingga digelar sebagai ‘Duda Hot’ oleh segelintir warganet selepas dia berpisah dengan aktres dan usahawan, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Malah pada 12 Oktober lalu, Fattah yang pertama kali membuat siaran langsung di platform TikTok telah memperoleh 22 juta tanda suka dan ditonton lebih 54,000 pengguna media sosial, sekali gus mencetuskan tular.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini