“Tutup Je Sekolah!,” – Kes Covid-19, Datuk Fazley Yaakob Bimbang

Share

Selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa bimbang apabila berlakunya peningkatan kes baharu Covid-19 di seluruh negara.

Tambahan pula, institusi sekolah masih dibenarkan beroperasi di kebanyakan kawasan seperti biasa meski bilangan kes positif semakin meningkat.

Lalu, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob ada menyuarakan pendapat agar pihak kerajaan untuk menutup sekolah buat sementara waktu kerana bimbang dengan keselamatan anak.

“Saya rotan dengan #Whisk atau #Spatula boleh tak? Kan dah cakap hari tu! TUTUP JE SEKOLAH! START DENGAN SEKOLAH RENDAH DULU! Korang masih hantar anak2 ke sekolah ke? (Sumber screen capture: Twitter @redzuannewsMPB),” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Fazley.

Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya pada tahun 2006.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz, dan Alayna Salma.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

Published by
Nazar Rafiqhi