Setelah teruk dikecam netizen gara-gara mengenakan pakaian yang agak seksi sehingga menampakkan bahagian dada ketika menghadiri sebuah majlis, pelakon terkenal, Ruhainies tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.

Menurut Ruhainies, dia sebenarnya sudah terlambat untuk menghadiri majlis berkenaan dan menjadi kesilapannya kerana tidak mencuba dahulu suit tersebut lebih awal.

“Tutup Komen Sebab Tak Nak Mereka Pula Buat Dosa,” – Mengaku Silap Pakai Seksi, Ruhainies Akur Teguran

“Saya sudah terlewat untuk menghadiri majlis. Malah, saya juga tidak mencuba dahulu baju lapisan dalam kerana ia dibeli oleh stylist saya.

“15 minit sebelum majlis baru saya pakai sebab rumah saya dengan tempat majlis sangat dekat. Kemudian, baru saya perasan baju saya agak seksi tapi saya sudah lambat nak ke majlis tersebut.

“Jadi, saya bagitahu stylist yang saya akan pakai dahulu dan cuba untuk lindung. Di majlis kedua nanti saya akan tukar. Saya tak boleh nak salahkan sesiapa. Saya yang pakai,” katanya kepada MH.

Ads

Pelakon drama Bintang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.

“Tutup Komen Sebab Tak Nak Mereka Pula Buat Dosa,” – Mengaku Silap Pakai Seksi, Ruhainies Akur Teguran

Pada masa sama, Ruhainies memaklumkan keputusannya untuk menutup ruangan komen di Instagram kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

Ads

“Saya tutup ruangan komen sebab saya tak nak mereka pula buat dosa. Cukuplah saya buat seorang. Saya tak nak ada aura negatif di media sosial. Saya cuba mengelakkan perbalahan di ruangan komen.

“Ada yang cuba mempertahankan saya sebab mereka sayang saya. Mereka pun tahu saya salah. Saya tak mahu perkara ini berpanjangan. Bila tutup komen, segalanya habis di situ,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, bintang berusia 31 tahun turut mendedahkan dirinya ada menerima nasihat daripada peminat yang memintanya agar lebih berhati-hati ketika memilih pakaian.

Ads

“Ada yang hantarkan direct message (DM) terutamanya mereka yang berpangkat auntie dan ibu-ibu. Mereka kata yang mereka sayangkan saya dan nasihat jangan pakai lagi sebegitu selepas ini.

“Mereka tahu personaliti saya agak seksi tapi jangan berlebihan. Saya ada terbaca juga komen-komen dan saya akui ada betulnya juga kata mereka.

“Yang komen berlebihan pun ada tapi saya tak boleh nak kawal. Kadang-kadang tak pakai seksi pun mereka bercakap juga,” akhirinya.

“Tutup Komen Sebab Tak Nak Mereka Pula Buat Dosa,” – Mengaku Silap Pakai Seksi, Ruhainies Akur Teguran

Terdahulu, di Anugerah Telenovela ini, Ruhainies telah tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Popular.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI