“TV3 Akan Umum Tarikh Tayangan Sambungan,” – Cukup Derita Itu Masih Berbaki 20 Episod, Ini Respon Ruhainies

Share

Drama bersiri, Cukup Derita Itu yang sedang disiarkan di slot Samarinda TV3 terpaksa dihentikan tayangannya, berikutan baki penggambaran 20 episod tidak sempat disiapkan sepenuhnya.

Perkara itu berlaku ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak 1 Jun lalu.

Menerusi Instagram, pelakon utamanya, Ruhainies ada menerangkan serba ringkas mengenai perkara berkaitan.

“Terima Kasih kepada semua yang setia menonton #cukupderitaitu dari episode 1-20. Maaf kerana drama ini terpaksa ditangguhkan kerana pkp.

“InsyaAllah bila kami semua dah dibenarkan shooting, pihak @tv3malaysia akan announce tarikh tayangan sambungan episode 21-40 ok?

“Be sure to stay tune and always support us!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memahami akan situasi yang berlaku.

Drama bersiri arahan Along Kamaludin itu mencipta fenomena tersendiri dan turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia dan ramai lagi.

Foto: Instagram Ruhainies

Published by
MH