Adatlah bila jadi ‘public figure’ ni kan memanglah sentiasa jadi bahan tontonan dan kecaman orang ramai. Kalau nasib tak baik, ada pulak ‘Haters club’ ditubuhkan.
Namun sekarang ni, MH perasan adalah juga beberapa artis yang berani bersuara melawan golongan ‘haters’ atau bahasa melayunya, ‘makcik bawang’ ini.
Terbaru, Pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula memberikan pandangannya terhadap golongan ‘makcik bawang’ menerusi laman Twitter miliknya.
“Dalam pemerhatian saya. Yang dikutuk semakin murah rezeki. Yang mengutuk semakin terkutuk posisi. #makcikbawang,” tulisnya.
Aduh! ‘Deep’ betul kata-kata Zizan itu. Mungkinlah dia sendiri sudah puas bersabar dengan golongan-golongan ini hingga mengeluarkan ‘tweet’ tersebut. Namun, MH tidak pasti mengenai isu apa Zizan bertindak sedemikian.
Bagaimanapun, perkongsian Zizan tersebut mendapat perhatian netizen bersimpati dengan pelakon tersebut dan memberikan kata-kata semangat buatnya.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan ‘kehebatan’ makcik bawang ini hingga golongan tersebut makin hari makin rancak ‘berbawang’.
Sementara itu, ada juga yang mendakwa kewujudan makcik bawang ini perlu memandangkan ada isu yang memang wajar ‘dikutuk’. Eh?
Bagi MH, menegur itu perlu tetapi kalau tegur hingga menjatuhkan air muka seseorang itu wajarkah? pastinya golongan ‘bawang’ ini berniat ‘baik’ namun menegur itu ada caranya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
sumber: Twitter Zizan Razak