Cat Farish atau nama sebenarnya, Farish Ramli memohon doa ramai demi anak saudaranya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh.
Dia difahamkan baru sahaja menjalani pembedahan tempurung kepala untuk mengeluarkan darah beku.
Jelasnya, Benjamin juga kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.
Menurut perkongsian di Ig Story Cat, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak kanak selepas terjatuh semasa bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.
“Salam sahabat semua doakan anak sedara saya. Anak adik saya @ladyjamalo dan suami @the_accidental_logistician #benjaminpawanteh yg baru menjalanni pembedahan tempurong kepala utk mengeluarkan darah beku petang tadi.
“Kini ben di rawat di icu dan saya memohon doa dari kalian semua. Ya Allah kembalikanlah kesihatan dan kembalikan ben sihat sedia kala.
Salam takziah buat seisi keluarga pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 7.10 malam, pada Isnin.
Khabar duka tersebut terdahulu dikongsikan pengarah filem, Hashim Rejab di laman sosial Facebook (FB) miliknya.
“Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru meninggal dunia. Al- fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi di Instagram yang terpapar perkataan Al-fatihah.
“Papa #keneKuat bersama emoji sedih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Lewat malam tadi, Zalif memberitahu urusan pengebumian jenazah Allahyarham bapanya akan dijalankan kira-kira jam 10.00 pagi ini.
“Assalamualaikum. Al Fatihah (dibaca) jenazah arwah ayah saya berada di rumah. Urusan pengebumian akan dijalankan pukul 10 pagi di kediaman rumah saya di Bangi Avenue.
“Dengan keadaan sekarang dan juga SOP, tidak digalakkan melawat cuma mohon untuk solat jenazah ghaib dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah Wan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan pengikut turut sama merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar Zalif sekeluarga tabah dalam menempuh menempuhi dugaan.
Terdahulu pada pagi Isnin, Zalif memaklumkan bapanya dikerjakan ke Unit Kecemasan, Institut Kanser Negara Putrajaya, selepas mengalami sesak nafas.
Ketika negara sedang berdepan krisis wabak COVID-19, ada individu perseorangan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) bermurah hati menghulurkan bantuan termasuk penceramah, Ustaz Ebit Liew.
Bagaimanapun, usaha murni Ebit itu ada yang salah tafsir segelintir orang, hingga ada yang labelka tindakan itu sebagai riak.
Lalu pelakon, Aeril Azfril ada memberikan pandangannya berhubung hal berkaitan.
Orang buat baik depan umum , jangan tuduh dia riyak sebab dia belum tentu riyak.tapi kita sudah tentu berdosa kerna bersangka buruk https://t.co/n3rjZRkKtg
Pelakon dan penyanyi, Azira Syafinaz berharap agar semua pihak tidak menyalah tafsir mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu raya viral daripada kumpulan De Fam yang berjudul Alamak Raya.