Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman yang telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal, pada Jumaat memberikan reaksi terhadap persembahan penyanyi Aina Abdul pada majlis resepsinya.

Respon berkenaan sebagai mengulas pendapat pengguna aplikasi X yang menjelaskan lagu I Will Always Love You (Whitney Houston) tidak sesuai untuk dibawa dalam majlis perkahwinan kerana ia mengisahkan mengenai perpisahan.

Menurut Tyra, ia adalah lagu kegemaran suaminya meski akui dia tidak meminta lagu tersebut untuk dipersembahkan.

“Eh relax la. Kita tak request pun lagu tu but it was nice to hear Whitney Houston sang by the Aina Abdul. Its also Emran’s favourite song from Whitney.

“No one really paid attention to the meaning of the song, everyone was overwhelmed by Aina’a beautiful voice and its a song that eveyone knows. Its really not that deep,” jelasnya.

Ads

Tyra menulis respon terbabit menerusi salah satu status di Insta Stories, pada Ahad.

Malah secara seloroh, dia juga apa impian untuk mainkan lagu berbeza pada majlis raja seharinya.”

“Kalau ikut i, i nak lagu Everyday I’m Shuffling tau dekat wedding i. Wedding i, suka hati i la nak lagu apa. Nak Bey Soba Bey pun boleh,” luahnya lagi.

Ads

Tyra Respon Isu Aina Abdul Nyanyi Lagu ‘Perpisahan’ Di Majlis Resepsi – “Kalau Ikut I, Nak Lagu Everyday I’m Shuffling Tau.”

Tyra Respon Isu Aina Abdul Nyanyi Lagu ‘Perpisahan’ Di Majlis Resepsi – “Kalau Ikut I, Nak Lagu Everyday I’m Shuffling Tau.”

Terdahulu, Tyra atau nama sebenarnya, Athirah Kamaruzzaman diijab kabulkan bersama Emran dengan sekali lafaz.

Ads

Pada majlis itu, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dan dulang hantaran lima berbalas tujuh.

Untuk rekod, Tyra dan Emran berkahwin selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Sama cantik sama padan, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman kini bergelar suri hati kepada pereka fesyen, Emran Rijal pada Jumaat. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman dan akad nikah dilangsungkan di Boathouse, Kuala Lumpur bertemakan rona putih. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Fill Up Glass – Brian Englishman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI