Selebriti dan usahawan, Neelofa tampil membuat satu ciapan di Twitter memberikan kata semangat buat penyanyi, Nabila Razali yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), semalam.

Menerusi ciapan yang dilayangkan Neelofa kira-kira jam 11.05 malam itu, dia turut berbangga dengan Nabila, dipercayai terhadap persembahannya dalam menyampaikan lagu hasil ciptaan Hael Husaini, Peluang Kedua.

“U Did Well! Hugs!,” – Ucapan Positif Neelofa Buat Nabila Razali

“U Did Well! Hugs!,” – Ucapan Positif Neelofa Buat Nabila Razali

“Proud of you @_nabilarazali. U DID WELL!!!! HUGS!!!,” tulisnya ringkas.

Ads

Lantas, perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna Twitter lain dan masing-masing turut meninggalkan reaksi terhadap apa yang dikongsi bekas hos MeleTOP itu.

“Yes, sedap je dengar,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Yes, she tried her best,” balas seorang lagi terhadap ciapan Neelofa.

Ads

Malah, hasil tinjauan MH, kebanyakan peminat telah memberikan respon positif dan memuat naik emoji berbentuk hati.

Terdahulu, ada peminat mendakwa nyanyian Nabila Razali ‘terkucil lagi’ ketika menyanyi secara langsung.

Ads

Malah, klip tersebut juga dikatakan turut diulang siar di media sosial.

Meski ada yang mengecam, namun ada juga warganet yang berasakan penyanyi berkenaan sudah cuba dan berusaha melakukan yang terbaik ketika menyanyikan lagu itu, apatah lagi di pentas berskala besar.

“U Did Well! Hugs!,” – Ucapan Positif Neelofa Buat Nabila Razali

Foto: Instagram Neelofa, TV3 Malaysia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI