Nora Danish ada berkongsi sekeping foto di Instagram dengan menampakkan dirinya anggun berbaju rona ungu dengan kapsyen “selamat berbuka semua.”
Seperti biasa, Nora tak pernah kalah gaya dan tampak cantik sentiasa, hingga ramai peminatnya memuji di ruangan kapsyen.
Namun lebih menarik apabila bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai dilihat turut meninggalkan komen yang ‘mengundang’ minat ramai.
Gaya Nora yang seolah-olah memegang perut diandaikan seperti sedang hamil, oleh lelaki berkenaan.
“U pregnant lagi ke? Perut nampak tu.”
Dan nyata balasan pelakon jelita ini cukup ringkas dan humor.
“Perut boroi kot,” jawab Nora ringkas.
Netizen nyata terhibur dengan gelagat kedua-duanya dan meninggalkan pelbagai reaksi.
Walaupun telah bercerai, namun pasangan ini masih mengekalkan hubungan baik antara mereka.
Foto : Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Perjalanan Saya,”- Ardell Aryana ‘Terbang’ Ke Indonesia, Sertai Misi Kemanusiaan
Selepas penyanyi Heliza Helmi sertai akriviti kemanusian di Gaza, kini giliran pelakon Ardell Aryana pula terlibat dalam aktiviti sama.
Perkara itu dikongsikan Ardell di Instagramnya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak @ydkmm_official saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam “ #Gempa “ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana .
“Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami ? yang dasyat seperti tahun lepas .
“Terakhir yang diberitahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka ..
“Saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya ??? , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima ?. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 .
“May Allah ease everything for my journey tomorrow & to all of us ??☺️ amin …❤️ . Saya akan update dari masa ke semasa pada awak semua keadaan disana inshaallah ? . #togetherwearestronger#BerkongsiRezeki #BerbagiSemangat#yayasandanakebajikanmuslimmalaysia ????? Bismillahirahmanirahim,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Menerusi Insta Storiesnya, Ardell kini sudah selamat tiba di Indonesia dan berkongsi suasana di sana.
Video : IG Ardell
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penyampai Berita Menjerit Diserang Lipas Terbang
Seorang penyampai berita, Mary Beth McDade menjerit ketakutan selepas seekor lipas terbang dan hinggap di dadanya, ketika dia sedang bersiaran secara langsung untuk KLTLA di Los Angeles.
Mary Beth menjerit setelah lipas itu kemudiannya mula merangkak naik ke dadanya dan cuba hinggap di rantainya.
Dia dengan sedaya upaya menghalau lipas tersebut dengan mikrofon dan skrip ditangannya.
Kemudian, datang seorang kru televisyen cuba membantu namun disebabkan lipas itu hinggap di dada Mary Beth maka mereka agak keberatan.
Mereka juga ketawa melihat gelagat Mary Beth yang ketakutan.
Selepas lipas itu berjaya dibuang, Mary Beth menyambung semula siaran langsung berkenaan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh rakan sekerjanya Marcus Wilson-Smith laman Twitter dan dijadikan sebagai bahan lawak oleh rakan sekerjanya yang lain.
Tidak kurang juga ada yang berkata Mary Beth seorang wanita yang berani dan juga ada komen mengusik penyambai berita tersebut.
“ She handled that so well. If it had been me, the station could have gotten a live shot of me running for my life.
“You’re a true pro MB there was no hint of this when you were on shortly after.Thank goodness it didn’t happen when you were LIVE on air!! ”
“Lol we all are laughing MB . But you seem fine.”
Disebabkan itu, tugas menjadi seorang penyampai berita adalah bukan suatu tugasan yang agak mudah kan?
Ahhhhh: Flying cockroach jumps on @mcdade_mb before her live shot on the @KTLA 5 News at 10p! #RoachBomb pic.twitter.com/ZjbC8NDMuv
— Marcus Wilson-Smith (@MarcusSmithKTLA) August 3, 2017
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nazim Othman Throwback Saat Jalani Menjalani Pembedahan, Peminat Luah Rasa
Terdahulu, pelakon tampan Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman pernah melalui kisah hitam dalam hidupnya suatu ketika dahulu.
Pelakon berusia 34 tahun ini pernah berdepan ujian, alami ketumbuhan pada otak dan menjalani pembedahan sekitar 2015.
Difahamkan, ketumbuhan tersebut terletak di antara bahagian mata kanan dan di aras hidung kanannya.
Baru-baru ini, Nazim ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi foto tersebut, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Monalisa itu telah mengimbau kembali kenangan saat dia selamat menjalani pembedahan tersebut.
“Them : Nazim Othman is below me,” tulisnya.
Them : “Nazim Othman is below me” Me :
A post shared by nazimothman (@nazimothman) on Sep 10, 2019 at 10:54pm PDT
Dalam pada itu, perkongsian bintang Cindai ini mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-ratanya turut luah rasa terharu dan bangga dengan semangat Nazim dalam menempuhi dugaan kehidupan.
Diharapkan semoga Nazim diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik dariNya.
Foto : Instagram Nazim Othman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI