“Ubat Rindu Kepada Arwah…,” – Video Ini Buat Ramai Sedih, Sebak. Sepertinya Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee Masih Ada Di Sisi…

Share

Terkedu seketika. Video seorang lelaki mirip seniman agung ini sedang tular dan pertama kali melihatnya, meremang bulu roma. Memang seiras! 

Daripada nada percakapan, gaya nyanyian dan wajah memang saling tak tumpah seperti senimang agung, Tan Sri P.Ramlee.

Niat enson matakaji semar ngiseng” kedengaran suara Fairuz Misran di corong telefon sewaktu MH menemubual lelaki dari Labuan Sabah ini. Bijak sungguh caranya perkenalkan diri. 

Dia cukup terharu apabila diberi keistimewaan dan diberi peluang mengubat kerinduan peminat kepada allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Setiap kali saya ‘live’ di Facebook, komen penonton yang mengucapkan terima kasih kerana sudi mengubat kerinduan kepada allahyarham buat saya sebak.

“Kebanyakan peminat akan meminta lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, namun jujurnya sukar untuk saya nyanyikan kerana lagu itu punya jiwa yang besar. Sebak kerana lagu itu melambangkan hidup allahyarham.

“Jadi seboleh-bolehnya, saya elakkan untuk menyanyi lagu yang sedih. Saya mahu ada ingatan yang gembira sahaja untuk allahyarham,” ulasnya ketika ditemubual.

Untuk rekod, Fairuz merupakan juara Bintang P.Ramlee Kebangsaan 2012. Namun, kisahnya sebagai P.Ramlee mula tular sekitar 2016 menerusi aplikasi Smule. 

Waktu itu rakan saya dari Penang yang sarankan untuk buat video. Lagu yang saya nyanyi ketika itu adalah Malam Bulan Di Pagar Bintang,” katanya.

Mesra dengan panggilan Ramlee oleh teman-teman, katanya, sewaktu memasuki pertandingan Bintang P.Ramlee, dia mula belajar cara percakapan, lenggok badan dan gaya nyanyian seniman itu.

Bukan hanya menyanyi, ada juga yang meminta saya gayakan dialog lakonan P.Ramle. Insya-Allah saya akan usahakan.

“Cuma di Labuan, rangkaian internet tidak begitu elok, dan sebab itu saya jarang membuat ‘live’. Jadi harap peminat faham,”

katanya yang mempunyai perniagaan runcit di Labuan.

Fairuz telahpun mendirikan rumahtangga selama 11 tahun bersama Noor Munira Mohamed.

Nah, MH hidangkan buat peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee untuk mengubat kerinduan. Fairuz berharap, setiap kali mendengar karya P.Ramlee, peminat akan terus mengutus doa buatnya.

Foto – Instagram Fairuz Misran

Published by
Noraini Abd Wahab