Tular di laman sosial apabila pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dirakam menunda motosikal milik Marc Marquez pada Grand Prix Jepun baru-baru ini.
Biarpun menamatkan saingan di tangga ke-19, namun keprihatiannya mendapat perhatian serata dunia.
Marquez dikatakan mengalami masalah bahan bakar sebaik menamatkan saingan di tempat pertama.
Malah, juara dunia yang mempunyai 4.5 juta pengikut ini telah memberikan reaksi di ruang Instagram Hafizh menyatakan inilah teksi terbaik pernah dinaiki.
“Best taxi ever!!😅 Thanks mate🙌🏽
”Rata-rata netizen meluahkan kebanggaan terhadap hero Malaysia ini.
Foto : Instagram Hafizh Syahrin