Penyanyi senior, Azian Mazwan Sapuwan ada menitipkan ucapan buat Allahyarham anaknya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21 hari ini.

Menurut Azian, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk memperingati tarikh-tarikh penting mengenai anak mereka namun menyifatkan ucapannya pada kali ini tidak akan dibalas.

View this post on Instagram

09.10.2020 Selamat Ulangtahun Kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain. Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh² penting apalagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi org yg pertama ucapkan HB buat mereka. Berbeza kali ini ucapan sy tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar DOA² sy buat anak sy.. 🤲🏻Ya Allah, jadikanlah anak kami yg telah KAU panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu..aamiin yra.. Sudi kiranya sahabat² saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak sy. Allahummagh firlahu warhamhu..wa a'fihi wa'fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain..aamiin yra. Swipe👉 Okt 2019 dia up status to mention mama😢.. #09101999-09102020 #Aqil299hari

A post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on

“09.10.2020 Selamat ulang tahun kelahiran anakku Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain.

“Menjadi kelaziman seorang ibu akan mudah mengingati tarikh-tarikh penting apa lagi zuriat sendiri & saya selalunya mahu menjadi orang yang pertama ucapkan Happy Birthday buat mereka.

IKLAN

“Berbeza kali ini ucapan saya tidak berbalas tapi saya yakin Allah mendengar doa saya buat anak saya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cinta Embun Pagi itu turut mendoakan agar dirinya dapat bertemu dengan anaknya itu di syurga nanti.

“Ya Allah, jadikanlah anak kami yang telah Kau panggil menjadi penunggu kami dalam Syurga mu. Aamiin yra.

“Sudi kiranya sahabat-sahabat saudara semua menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat anak saya.

“Allahummagh firlahu warhamhu wa a’fihi wa’fu anhu buat Allahyarham Mohammad Aqil Zulkarnain aamiin yra,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa malah turut berharap agar Azian diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan ini.

Terdahulu, Allahyarham Aqil memghembuskan nafasnya yang terakhir pada 16 September 2019 selepas terbabit dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan organ dalaman.

Sumber: Instagram Azian Mazwan