“Udah 8 Bulan Ga Balik Kampung,” – Tetap Bersabar, Tya Arifin Rindu Indonesia

Share

Usahawan, Tya Arifin akui rindu akan kampung halaman di Indonesia selepas lapan bulan tidak pulang akibat sekatan untuk operasi penerbangan yang disebabkan wabak pandemik Covid-19.

Perkara itu dikongsikan menantu DS Siti Nurhaliza itu di Instagram miliknya.

“Pak Muhyiddin, Malaysia udah boleh balik kampung ya? Kalo aku gimana Pak @muhyiddinyassin_official kampungku di Indonesia?

“Udah 8 bulan ga (tidak) balik kampung pak,” tulisnya.

Menerusi ruangan foto, peminat turut merasakan perkara sama seperti yang dialami pemilik nama penuh Nurtria Wulandari itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Bagimanapun, sempadan negara, pub, kelab malam, pusat karaoke dan rumah terbuka masih tidak dibenarkan.

Foto : Instagram Tya Arifin

Published by
MH