Status perkahwinan antara Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin kini bukan lagi menjadi tanda tanya selepas bintang Indonesia itu akhirnya mendedahkan bahawa mereka kini telah berpisah.
Menurut laporan Kompas.com, pengakuan tersebut dibuat oleh Bella menerusi satu temuramah bersama portal berita, Insertlive.com di republik itu.
Bella memberitahu, segala usaha telah mereka lakukan namun percaya bahawa ini adalah ketentuan daripada yang maha Esa.
“Udah berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini.
“Sudah segala proses kami juga lalui, saat ini semuanya sudah selesai,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah pelakon filem, Syurga Tak Dirindukan itu lagi, dia dan Engku Emran berpisah dengan cara yang baik dan segala proses telah berjalan dengan lancar.
“Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik,” katanya lagi.
Terdahulu, desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula bertiup kencang selepas Bella dikatakan telah memadam kesemua foto-fotonya bersama suami di ruangan Instagram.
Malah, Bella juga difahamkan sudah tidak lagi mengikuti akaun suaminya itu.
Untuk rekod, Engku Emran dan Bella telah melangsungkan perkahwinan pada tanggal 8 September 2017 di Kuala Lumpur.
Sumber: Kompas.com