“Ujian Ini Maha Besar…,” – Fauziah Nawi Reda, Namun Sukar Lupakan Buah Hati Yang Telah Pergi

Share

Genap 42 hari pemergian anakanda tercinta, Pitt Hanif, semalam Fauziah Nawi menerusi laman Instagram setia menitipkan kata-kata yang mengundang sebak di dada ramai.

Jelasnya, kehidupan cukup sukar tanpa anaknya di sisi, ujian yang diturunkan maha besar namun dia reda.

“Bismillahirrahmanirrahiim. Pitt hari ni mama rasa letih sangat. Banyak perkara yg buat mama rasa aduh….hmmmm…but it has got nothing to do with you…thinking of you gives me all kinds of feelings.

“Pitt it’s hard without you but time will certainly heals the wound with that big scar.

“And I certainly wont forget you buah hati…ujian ini maha besar buat mama…separuh nyawa mama Pitt dah bawak pergi sebenarnya…teringat Pitt hati mama hancur luluh..

“Mata tua ni pasti basah…just like Mona’s movie…Redha is beautiful pain….till we meet again my love buah hati #salamseharumkasturi

#lenalahdlmdakapankhaluqmubuahhati,” tulisnya.

Terdahulu, pengarah filem ini ditemui lemas ketika memancing di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang.

Dia disahkan meninggal dunia pada 27 Oktober oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Pitt meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Foto : Instagram Fauziah Nawi via BH Online

Published by
Noraini Abd Wahab