Meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta, bekas isteri dai Farhan iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris telah mengadakan majlis secara kecil-kecilan di kediamannya.
Dalam pada itu, Fatin bersyukur kerana ibunya sentiasa memberi semangat dan dorongan tatkala Fatin berasa ‘down’.
“Salah satu pintu kebahagiaan terbesar seorang anak ialah doa kedua orang tua.
“Di saat diri dalam kesulitan, kesusahan, dihina, kedua dua insan inilah yang sentiasa bersama untuk bangkitkan semangat yang pernah mati.
“Kasih sayang mak tiada ganti, sentiasa terus menyayangi kami. Kasih sayang mak yang tanpa mengharap balasan & tidak mampu kami membalas. SANAH HELWAH MAK.
“Semoga Allah lindungi, rahmati & sayangi mak seperti mak sayangkan kami,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, Fatin baru sahaja melahirkan anak kedua pada Ahad lalu.
Terdahulu, Fatin dan Farhan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 1 tahun 6 bulan dan seorang anak lelaki yang kini berusia enam hari.
Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Foto : Facebook Fnama Fatin