Uncategorized

“Ulang Tahun Kemalangan Maritim Paling Teruk Di Dalam Sejarah,” – Genap 109 Tahun Karam, Netizen Teringat Kembali Filem Titanic

Share

Apabila bercakap mengenai filem Titanic, sudah pasti semua mengenali atau menonton filem berkenaan yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.

Malah, seorang individu yang telah menulis satu twit mengenai sejarah kejadian karamnya kapal persiaran mewah itu yang kini sudah genap 109 tahun.

Menerusi entri berkenaan, kejadian yang menimpa kepada kapal tersebut disifatkan sebagai sejarah kemalangan maritim paling teruk selepas ia karam ketika membuat pelayaran pertama dari Southampton, England, ke New York pada 10 April 1912.

Ketika belayar, telah berlaku pelanggaran dengan bongkah ais gergasi ketika kapal berkenaan merentasi lautan Antlatik pada 14 April 1912.

“14 April 1912 Hari ini genap 109 tahun ulangtahun kemalangan maritim paling teruk di dalam sejarah maritim.

“11.40 malam 14 April 1912 bermulanya kematian yang paling dasyat di dalam sejarah maritime,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengimbau kembali filem yang pernah menceritakan kembali sejarah filem Titanic, pada tahun 1997 itu.

Filem Titanic dibintangi pelakon hebat seperti Leonardo DiCaprio, Kate Winslet, Billy Zane, Frances Fisher dan ramai lagi.

Untuk menghasilkan sebuah filem yang berdasarkan cerita sebenar bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh itu filem Titanic arahan James Cameron ini telah membelanjakan kos yang amat tinggi untuk menghasilkan filem paling epik ini.

Foto: Twitter AhakimAzizan

Published by
Nazar Rafiqhi