Berita

Umairah Lolos Ke Final Kejohanan Dunia Di US, TokTi Ucap Tahniah – “Doakan Kejayaan, Harumkan Nama Malaysia…”

Share

Penyanyi remaja, Ummi Umairah Saiful Anuar yang mesra disapa Umai melakar sukses tersendiri apabila berjaya layak ke peringkat akhir World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 yang berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, Amerika Syarikat, Sabtu ini.

Umairah yang anak saudara penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, ibunya yang juga penyanyi, Siti Sairah Taruddin, menjelaskan anaknya itu bersaing dalam lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B, World dan Variety, seterusnya berjaya melangkah ke separuh akhir menerusi kategori R&B.

Kejayaan yang diraih Umai turut menerima ucapan serta dedikasi Siti Nurhaliza.

“Tahniah Umai sampai ke final. Followers saya doakan kejayaan Umai mengharumkan nama Malaysia dengan pingat emas ya!,” tulis Siti menerusi salah satu hantaran di Insta Stories.

Pada peringkat akhir saingan, Umairah yang berusia 13 tahun itu bakal berentap dalam kategori umur 13 hingga 15 tahun, bersaing dengan tiga peserta lain.

Menerusi pertandingan edisi ke-27 itu, seramai 15 peserta mewakili negara dalam kategori vokal, tarian, muzik, dan peragaan yang menyaksikan penyertaan daripada 70 negara di Hollywood.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH