Setelah dikejarkan ke hospital pada malam Ahad, personaliti TV, Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini ibunya, Sharifah Meryam Syed Abd Rahman Al-Attas.
Menurut Iesya, ibunya yang mengalami sakit di bahagian tulang pinggul dilaporkan baik-baik sahaja sejurus selepas menerima keputusan x-ray.
Pelakon, Fikry Ibrahim menyatakan rasa syukur selepas memaklumkan keadaan ibunya kini telah pun menunjukkan tanda-tanda positif selepas disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Menurut Fikry, bacaan oksigen ibunya juga telah pun kembali ke paras normal iaitu 98 peratus.
“Alhamdulillah. Berkat doa semua, doktor memaklumkan tahap oksigen mak kembali pada 98 peratus.
“Terima kasih atas doa dan perkongsian. Sangat saya hargai,” tulisnya di Instagram pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu turut merakamkan ucapan penghargaan baut semua pihak yang telah memanjatkan doa semoga ibunya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa lega selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat ibu kepada pelakon asal Jitra, Kedah ini.
“Alhamdulilah syukur… semoga mak abg semakin sembuh.
“Syukur alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan sepenuhnya, aamiin.
“Alhamdulillah, ini rahmat dan berkat dibulan Ramadan. Semoga cepat sembuh.
“Alhamdulillah, semoga ada keajaiban inshallah.
“Alhamdulillah, semoga mak cepat sembuh. Ameen allah humma aamiin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, bintang kelahiran program, Lawak Solo inimenyatakan kerisauannya terhadap keadaan ibunya yang dilaporkan dijangkiti wabak Covid-19 tahap empat.
Dalam perkembangan lain, Fikry kini tampil menerusi drama terbarunya yang berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta.
Selain Fikry, drama ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain seperti Emma Maembong, Shaza Bae, Nadhir Nasar dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Ihsan Foto: Instagram Fikry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi senior, Aishah Ariffin yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif COVID-19 mendedahkan keadaan mentalnya ketika ini agak sedikit terganggu lebih-lebih lagi bila melihat keadaan pesakit yang terpaksa ditidurkan.
Bagaimanapun, Aishah memaklumkan keadaannya ketika ini telah pun dilaporkan stabil tetapi masih lagi perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan.
Katanya lagi, meskipun paras oksigennya berada ditahap yang baik, namum angka tersebut dikatakan boleh menurun dengan mendadak sekiranya dia menanggalkan alat bantuan berkenaan.
“Ya Allah mental tak kuat harini, bila melihat patient depan I dibawa naik untuk diintubate. Pagi tadi O2 level I 98, mereka cuba nak buka O2 tapi bila ke tandas dan balik ke katil O2 level terus turun mendadak ke 88. Terpaksa pakai O2 semula baru naik semula ke 95,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aishah turut mengakui dia sememangnya berasa agak fobia untuk ditidurkan lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai tanggungjawabnya pada keluarga yang disifatkan masih lagi belum selesai.
Dikesempatan itu juga, juara program Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) ini turut dilihat membuat permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Ya Allah teman-teman tolong doakan I tak sampai kesitu kena intubate, I takut, I masih banyak tanggungjawap pada family yang belum selesai.
“Anak-anak I banyak lagi hal yang tak selesai. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa I sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berdoa agar Aishah segera diberikan kesembuhan.
“InsyaAllah Kak. Kami doakan akak kuat. Kami akan terus berdoa.
“Please stay strong sister. You can do it.
“Akak kuat. Jangan fikir yang negatif. Ramai doakan akak segera sembuh.
“Get well soon. Kuatkan semangat kak,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif COVID-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.
Menurut laporan Berita Harian, Aishah telah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus pada Isnin.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...