“Umi Susah Nak Bangun Sebab…,”- Ibu Dikejarkan Ke Hospital Menaiki Ambulans, Iesya Toh Kongsi Status Terkini

Share

Setelah dikejarkan ke hospital pada malam Ahad, personaliti TV, Iesya Toh berkongsi perkembangan terkini ibunya, Sharifah Meryam Syed Abd Rahman Al-Attas.

Menurut Iesya, ibunya yang mengalami sakit di bahagian tulang pinggul dilaporkan baik-baik sahaja sejurus selepas menerima keputusan x-ray.

“MasyaAllah Alhamdulilah. Alhamdulilah terima kasih atas doa yang baik daripada semua.
Sangat hargai! Hugs!

“Umi susah nak bangun sebab tulang tepi pinggul sakit sgt. Bile x-ray Alhamdulilah tulang semua ok. Doc kata maybe urat.

“Sekarang hari-hari orang urut. InsyaAllah aamiin. Semoga Allah beri kesembuhan buat org tua kita. aamiin ya Allah aamiin,” tulinya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Iesya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen lega dengan perkhabaran tersebut selian turut mendoakan semoga ibu Iesya agar segera sembuh.

Semalam, Iesya ada berkongsi sebuah video memaparkan detik cemas dimana ibunya terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Sumber: Instagram Iesya Toh

Published by
Aizam Manaf