Ibu kepada pengacara dan usahawan, Aida Gadis Melayu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin, kira-kira jam 11.45 malam akibat kanser.
Perkara tersebut dimaklumkan Aida, 35, atau nama sebenarnya Khairul Noormaaidah Zali menerusi Instagram awal hari ini.
“Ummi… Tenanglah ummi di negeri abadi. Aida dengan penuh rase rendah diri mohon agar sahabat-sahabat dapat hadiahkan Al-Fatihah buat ummi.
“Jenazah ummi akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Selayang Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Baru pada 9 pagi Insyaallah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruang komen, para peminat dan rakan artis menitipkan ucapan serta doa semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan beriman.
Beberapa hari lalu menerusi platform sama, Aida yang juga isteri kepada hos dan bekas personaliti TV, Saiful Nizam Ismail memohon kesembuhan serta kesejahteraan buat ibu tersayang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.