Pelakon, Ummi Nazeera tampil membuat kemunculan istimewa sebagai pembaca berita saluran Astro Awani, tengah hari tadi.
Kemunculan tersebut diadakan bersempena tayangan episod akhir drama yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Andai Tiada Dia malam ini.
View this post on Instagram
Menerusi laporan tersebut, Ummi turut memaklumkan drama tersebut bukan sahaja telah mencetuskan fenomena di Malaysia tetapi juga di Indonesia.
Ummi dilihat tenang dan anggun mengenakan blazer berwarna coklat terang saat menjalankan tugas selaku pembaca berita.
Klip berita tersebut turut dikongsikan di seluruh platform media sosial, Astro Awani.
Netizen Kagum Ummi Nazeera Baca Berita
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kemunculan tersebut selain turut memuji usaha Ummi yang tidak kelihatan kekok saat membacakan berita.
“Wah, mantap Ummi Nazeera.
“Eh, Suri jadi pembaca berita.
“Lepas Falah dah tiada, Suri berhenti jadi cikgu. Tukar jadi pembaca berita pula sebab nak move on.
“Aku stop scrolling dan tengok video Awani ni. Kenapa cantik sangat pembaca berita. Rupanya Ummi Nazeera.
“Ingatkan pembaca berita Awani tadi. Rupanya Ummi Nazeera. Superb la. Ada bakat jadi pembaca berita,” antara komen-komen netizen.
Selepas bersiaran selama 35 episod, episod terakhir Andai Tiada Dia bakal ditayangkan malam ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.
Selain Ummi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mimi Lana, Alicia Amin dan Zahiril Adzim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Astro Awani & Ummi Nazeera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI