“Umrah 2 Kali Siap Buat Haji Sebulan, Travelled To 10 Countries…,” – Farah Lee Kongsi Pengalaman, Namun Satu Hal Tak Sempat Ditunaikan

Share

Farah Lee berkongsi rangkuman kehidupannya sepanjang melanjutkan pengajian Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom.

Jelasnya, walaupun hanya setahun setengah berada di sana, namun banyak memori yang terpahat antaranya dapat menunaikan umrah sebanyak dua kali, menunaikan ibadah Haji, melancong ke 10 buah negara, pulang ke Malaysia dua kali dan banyak lagi.

Namun, pasangan hidup sahaja yang tidak ditemui di sana.

“Twas only one and a half year yet so many things had happened – sempat pergi umrah 2 kali siap buat haji sebulan, travelled to 10 countries, balik Msia dua kali kiki, setup NGO, photoshoot bla3.. Kahwin je tak sempat. Eh maksud saya thesis belum sempat siap, next month k submission deadline

🙈

“Thank you Leeds, you’ve grown me up so much though our love-hate relationship throughout this journey. See you again in July for my graduation inshaAllah. Meanwhile, let me travel the world xxx 😋

.

📍 Leeds, United Kingdom : 300120 🇬🇧,” kongsinya.

Terdahulu bekas isteri kepada Ally Iskandar ini nekad untuk tidak lagi tinggal di Leeds dan bakal berhijrah ke Norway.

Sekadar imbasan, Farah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di Universiti Leeds pada September 2018.

Foto : Instagram Farah Lee

Published by
Noraini Abd Wahab