
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila ibadah umrahnya di Tanah Suci Mekah tahun ini berjalan lancar.
Lebih bermakna, Bella turut berpeluang menjadi sebahagian daripada tiga juta jemaah dalam mengejar lailatul qadar.
View this post on Instagram
“Terima kasih atas jemputan ke rumah-Mu ya Allah, Makkah Al-Mukarramah bagi hamba-Mu yang penuh kekurangan ini.
“Mekah melepasi 3 juta tetamu buat kali pertama pada malam ke-23 Ramadan.
“Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik, Didi Astillah, bersama. Alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.
Perasaan Lebih Tenang
Bella turut berkongsi pengalaman menunaikan umrah kali ini berbeza berbanding tahun sebelumnya.
“Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah, tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah SWT kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang.
“Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya,” luahnya yang turut mendoakan kesejahteraan buat semua.
“Bella turut mendoakan semua yang mengenali Bella ataupun tidak. Kebelakangan ini, Bella terima begitu banyak kasih sayang dan sokongan luar biasa.
“Never did I think in a million years that I would receive such a great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua,” kongsinya lagi.
Titip Kata Semangat
Sebagai seseorang yang pernah melalui saat sukar, Bella turut menitipkan pesanan buat mereka yang sedang diuji.
“Kepada yang sedang bersedih atau berasa ‘down’, belajarlah untuk menerima keadaan dengan hati yang lapang. Inilah yang kita panggil berdamai dengan takdir.
“Sama ada kita mahu terima atau menolaknya, semuanya akan tetap berlaku, tetapi ia juga pasti akan berlalu.
“Ingatlah bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan kita, perasaan kita, sama ada kita suka atau tidak.
“Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses ‘healing’ kita, tetapi di situlah letaknya kekuatan – ketika kita cuba menjadi lebih kuat, lebih tenang, dan lebih bersedia menghadapi apa jua yang mendatang,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI