Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya mengakui secara tiba-tiba dia terlalu obses dengan drama-drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua.

Malah katanya kepada MH, dia sering menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program-program hiburan dari negara berkenaan.

“Sebelum ini, saya memang meminati budaya dan industri negara berkenaan. Tetapi, tidaklah terlalu obses seperti apa yang saya alami sewaktu hamil.

Umum Bakal Bersalin Anak Perempuan, Hanez Suraya Akui Obses Drama Korea

Ads

“Sehinggakan, saya pernah mengajak suami saya untuk bercuti di sana. Memang minat sangat, tidak hanya dunia hiburannya semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Hanez ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop serta baby showernya di Hotel Grand Millennium, pada Rabu.

Menurutnya lagi, dia mulai tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon-pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

Ads

“Sejak obses dengan perkara tersebut, saya sangat tertarik dengan solekan jua. Tampak semula jadi dan tampak segar.

“Disebabkan hal itulah, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini. Ia mempunyai tiga variasi warna bersama perisa berbeza,” katanya lagi yang turut menjelaskan, Cake Pop sudah pun boleh didapati mulai hari ini.

Ads

Pewarna bibir Cake Pop dijual secara online di Instagram.

Pada majlis tersebut, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI