Tahniah diucapkan buatĀ bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang telah mwmaklumkan berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menurut Azrinaz, kehamilannya kini telah pun mencecah usia enam bulan dan perkongsian tersebut telah pun dikhabarkan menerusi Instagram miliknya, awal semalam.
Atas rezeki zuriatnya bersama perkahwinan terkini, dia bersyukur ke hadrat Illahi atas peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
“Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham.
“Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3.
“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, ia tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.
“Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.
“With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life.
“With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ānot-so-youngā age is not easy as I was, 11 years ago.
“My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, Iām pregnant!,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu,Ā Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan Abdul Hamid dalam sebuah majlis di kediaman Azrinaz pada 1 Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI