Pelakon Hairul Azreen ada mendedahkan foto lamanya ketika berusia 19 tahun, iaitu pada fasa awal dirinya terlibat dalam dunia peragaan.
Memuat naik foto ‘comp card’ tersebut di Instagram, perkongsian bapa kepada dua permata hati ini mengundang perhatian ramai.
Bagaimanapun Hairul menjelaskan, dia berkongsikan foto tersebut untuk bersyukur dengan apa yang dikecapi ketika ini.
”Saya akan selalu post gambar ni, supaya tak lupa seorang budak Serdang yg cita2 nak jadi pelakon aksi konon! Tak sedar dia kurus keding, rambut tak tau nak sikat belah mana selebet, muka panau sana sini lepas tu ni je satu seluar jean yg dia ada tu pun rembat abg punya haha kenangan.
”Jadi ni gambar masa saya umur 19tahun , mula2 casting nak jadi model, sedar tak sedar dah nak masuk tahun 2020 dah Alhamdulilah dgn segala rezeki & dapat kawan2 yang baik di sisi,” tulisnya mengenang memori.
Sehingga kini, posting berkenaan mendapag lebih 100,000 tanda suka dengan disusuli komen pelbagai dari peminat serta rakan selebriti.
Hairul dan isterinya, pelakon dan hos, Hanis Zalikha berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Foto: Instagram Hairul Azreen