Pelakon dan model, Zahirah MacWilson mengimbau kembali foto ketika di bangku sekolah menengah di England.
Ketika itu, bintang drama Jangan Benci Cintaku itu dalam lingkungan remaja.
“Throwback photos from when I was 16-18years old. School prom, high school friends, teenage dreams and birthday celebrations. Missing these moments!
“Dari umur 2 tahun Ira dah pindah duduk kat Sheffield, England. Umur 12 pindah pula ke Perth, Australia. Now i’m back working in KL. Haha what a journey. Next year.
“I think my high school has a reunion next year! #Memories,” tulisnya.
Lalu, netizen telah memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian Zahirah yang merupakan tunang kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia.
Malah, mereka telah membuat pengumumkan akan berkahwin pada Februari 2020.
Foto : Instagram ZAhirah MacWilson