Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa terhadap sifat segelintir individu ketika ini yang dilihat kurang mempunyai rasa simpati terhadap orang lain.
Menurut Tiz, selagi kita mampu untuk berbuat baik sesama manusia, janganlah sesekali berhenti daripada terus melakukannya.
Sekali sekala. Janganlah benci aku. pic.twitter.com/JlelfmOO9a
— TIZZY (@iamTizZaqyah) September 1, 2020
“Usahlah berkira. I ain’t perfect. I’m a sinner. Aku baran. Aku kasar. Aku tak tutup aurat. Aku pendendam.
“Tapi I believe selagi kau sedar diri kau siapa, kau berjaga bila bercakap hari-hari untuk tidak sakiti hati orang, kau rasa kau kena juga memberi kepada orang-orang yang lebih memerlukan.
“Selagi kau bersimpati fikir susah lelah penat orang berkerja, selagi ada perasaan nak membantu orang yang memerlukan…kau buat,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sara Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Tiz turut meluahkan dirinya sentiasa berdoa kepada agar rasa simpati di dalam dirinya tidak akan pernah hilang.
“Umur 32 tahun ni baru aku sedar. Tak semua manusia dikurniakan hati yang mulia. Tak semua orang faham apa itu kebaikan sesama manusia. Susah bagi sesetengah orang.
“Aku sentiasa berdoa, ya Allah, kau muliakanlah hati aku ini. Janganlah kau tarik perasaan ini dari aku. Aku bersyukur hati aku masih merasa simpati.
“Aku bersyukur aku masih mampu menolong. Aku bersyukur aku masih mempunyai hati. Hati yang lembut.
“Janganlah kau keraskan hati yang lembut ini ya Allah,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Tiz selain turut berharap agar doanya itu dimakbulkan tuhan.
Sumber: Twitter Tiz Zaqyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Tudung Setakat Tutup Kepala Tapi Nampak Rambut,Telinga,” – Yatt Hamzah
Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini ada berkongsi mengenai cara pemakaian Muslimah.
Menurut Yatt, menutup aurat bukan pada pemilihan hijab semata-mata, sebaliknya ia perlu dititikberatkan mengikut syariat Islam.
“Bertudung belum dikira menutup aurat? Bagaimana dikira menutup aurat?
“Yaaa belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan mcm2 lg yg sengaja dinampakkan. Kpd yg masih tak tahu atau keliru jom sama2 baca terjemahan ayat2 Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” kongsi Yatt.
Malah,ibu kepada empat orang anak itu juga turut berkongsi ilmu seperti yang dituntut Islam.
“Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.
“Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu sering berkongsi ilmu mengenai kehidupan di Instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Fot : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayda Imbas Memori, Ana Nayla Genap Setahun; “Pernah Jatuh Katil 2 Kali, Kena Covid-19 Sekali…”
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memuat naik momen istimewa bersama puteri sulungnya, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.
Genap setahun, Ayda turut menulis coretan teristimewa buat permata hatinya itu.
“You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang baik, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka garang.
“Pernah jatuh katil 2 kali, kena covid sekali, jangan yang teruk lagi baby… huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?,” tulis Ayda menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memuji kecomelan Ana Nayla sambil menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.
Imbas kembali, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir mengakui mereka sepakat memilih nama Ana Nayla kerana ia mempunyai maksud yang cukup besar dalam hidup mereka.
“Nayla membawa maksud sukses ‘achiever, successful one’ manakala nama Ana pula kami pilih berdasarkan nama ibu kami.
“Nama ibu saya Rohana manakala nama ibu Nabil pula adalah Diana. Jadi, kami mengambil nama akhir ratu hati kami dan diberikan kepada anak tercinta,” kata Ayda.
Tambahnya lagi, banyak pengalaman yang diraih apabila impian bergelar ibu tercapai.
“Pengalaman menjadi ibu memang istimewa, saya takkan boleh beli di mana-mana. Saya dan Nabil sangat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami. Sebagai ibu bapa baharu, kami sedang belajar bagaimana untuk menguruskan anak.
“Setiap hari ada saja pengalaman baharu dan kami gembira menempuhi proses terbabit. Dalam pada itu, kami juga tidak mendapat tidur yang cukup, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda.
“Namun, perkara ini bukanlah satu hal yang besar asalkan kami ada dekat dengan Ana,” katanya.
Ayda, 30, mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Engine Standard Tak Payah Post La, Sakit Telinga,”- Zizan Razak ‘Bakar Line’ Fasal Motosikal Ysuku Shuib. Bikin Panas!
Nampaknya isu berhubung motosikal Yamaha Y150 atau popular dipanggil ‘Ysuku’ milik pelawak, Shuib Sepahtu masih lagi menjadi bualan hangat.
Kini giliran pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula mengusik ‘permainan’ baru rakan seperjuangannya itu.
Menurut Zizan, sekiranya motosikal tersebut masih dalam keadaan ‘standard’ atau belum diubahsuai, tidak perlulah tunjuk di media sosial.
“Kalau engine standard tak payah post la. Sakit telinga aku dengar. Buang kuota internet aku je,” selorohnya.
Seperti diketahui umum, Zizan turut mempunyai sebuah motosikal yang sama tetapi telah pun diubahsuai.
Melihat komen Zizan itu, ini respon balas anggota kumpulan Sepahtu itu.
“Haha bakar line. Tunggu,” jawab Shuib.
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pelawak tersebut.
Alahai, Zizan ni sengaja nak pengaruh Shuib ye! Kalau dah namanya hobi, apapun sanggup dibuatnya. Betul tak?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI