“Umur 32 Tahun Ni Baru Aku Sedar, Tak Semua Manusia Dikurnia Hati Yang Mulia,” – Tiz Zaqyah

Share

Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa terhadap sifat segelintir individu ketika ini yang dilihat kurang mempunyai rasa simpati terhadap orang lain.

Menurut Tiz, selagi kita mampu untuk berbuat baik sesama manusia, janganlah sesekali berhenti daripada terus melakukannya.

“Usahlah berkira. I ain’t perfect. I’m a sinner. Aku baran. Aku kasar. Aku tak tutup aurat. Aku pendendam.

“Tapi I believe selagi kau sedar diri kau siapa, kau berjaga bila bercakap hari-hari untuk tidak sakiti hati orang, kau rasa kau kena juga memberi kepada orang-orang yang lebih memerlukan.

“Selagi kau bersimpati fikir susah lelah penat orang berkerja, selagi ada perasaan nak membantu orang yang memerlukan…kau buat,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama Sara Sajeeda itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Tiz turut meluahkan dirinya sentiasa berdoa kepada agar rasa simpati di dalam dirinya tidak akan pernah hilang.

“Umur 32 tahun ni baru aku sedar. Tak semua manusia dikurniakan hati yang mulia. Tak semua orang faham apa itu kebaikan sesama manusia. Susah bagi sesetengah orang.

“Aku sentiasa berdoa, ya Allah, kau muliakanlah hati aku ini. Janganlah kau tarik perasaan ini dari aku. Aku bersyukur hati aku masih merasa simpati.

“Aku bersyukur aku masih mampu menolong. Aku bersyukur aku masih mempunyai hati. Hati yang lembut.

“Janganlah kau keraskan hati yang lembut ini ya Allah,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat Tiz selain turut berharap agar doanya itu dimakbulkan tuhan.

Sumber: Twitter Tiz Zaqyah

Published by
Aizam Manaf