Berita

”Umur 40 Tahun Tak Fikir Allah Hadiahkan…,” – Isteri Hamil Anak Sulung, Dalam Sebak Taiyuddin Sujud Syukur

Share

Selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Taiyuddin Bakar dan isterinya, Zila Zulkifli bakal dikurniakan rezeki zuriat yang pertama.

Dalam hantaran di TikTok, Zila memaklumkan dirinya telah disahkan hamil pada Mei tahun lalu.

Menerusi hantaran sama, pasangan itu berkongsi rasa teruja dan bahagia saat menyambut berita gembira itu.

Taiyuddin turut memanjatkan rasa syukur selain menyifatkan rezeki ini sebagai anugerah yang tidak ternilai.

“Ya Allah. Subhanallah. Serius ke sayang? Saya sangat gembira. Syukur,” katanya.

Dalam pada itu, Zila turut menyerahkan segala pengharapan kepada Allah SWT dan memanjatkan doa agar kandungannya itu sentiasa dalam keadaan selamat

“Kami serah sepenuhnya kepada perjalanan dan takdir dari-Mu ya Allah, buat kami. Kami tak ada usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran.

“Ini pertamanya. Alhamdulillah. Terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya. Love you Kasih,” tulisnya.

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih dua juta tontonan dan dihujani ribuan komen.

Rata-rata netizen juga tumpang gembira selain turut mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Untuk rekod, pasangan Taiyuddin dan Zila berkahwin pada Mei 2014 di Kota Madinah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
Aizam Manaf