Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie mengakui berasa sangat teruja selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki tanggal 18 Januari lalu.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, bayinya itu kini berada dalam keadaan yang baik manakala isterinya pula baru sahaja habis tempoh berpantang.
“Baby alhamdulilah sihat, semuanya okay. Saya syukur semuanya baik-baik sahaja. Doakanlah semoga baby boy saya ni cergas, bijak dan comel.
“Saya harapkan semoga dia tiada sebarang gangguan kesihatan dan lain-lain masalah.
“Dia lahir pada tanggal 18 Januari lalu. Isteri saya juga dah semakin sihat. Dia dia dah habis pantang,” katanya kepada MH.
Tambah penyanyi yang sinonim dengan lagu Tragedi Oktober ini lagi, dia sangat bersyukur kerana Allah SWT masih memberikannya peluang untuk menimang cahaya mata meskipun mengakui berdepan sedikit cabaran untuk menjaga kandungan isterinya, khasnya pada situasi pendemik ini.
Ads
“Saya umur 53 dapat anak. Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki dekat situ. Dalam PKP ni kita kurang rezeki lain dan rezeki paling besar buat saya adalah anak.
“Tugas saya sekarang untuk mendidik anak-anak kerana dia lahir dalam keadaan pendemik. Isteri saya juga paranoid pada awalnya.
“Kepayahan untuk menjaga anak-anak ketika pendemik ini akan saya kenang dalam sejarah hidup saya. Saya akan simpan sejarah ni dan nanti saya akan cerita dekat anak saya,” katanya lagi.
Awie yang juga merupakan vokalis kumpulan rock, Wings itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sesi pengambaran MHthrowback di kediamannya baru-baru ini.
Ads
Selepas hampir 12 tahun tidak menimang cahaya mata, Awie mendedahkan rutin hariannya juga telah berubah namum tetap menyifatkan ia sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
“Sara rasa enjoy sebenarnya selepas hampir 12 tahun saya tak timang cahaya mata. Bila dapat pegang tu seronok dia lain macam. Ini satu tanggungjawab yang seronok buat saya.
“Rutin dia setiap malam saya akan dodoikan anak. Saya layankan dia sampai dia terlena kemudian baru saya bagi pada isteri saya. Tiadalah yang lain sangat sebab saya memang sukak budak budak.
Ads
“Isteri saya melahirkan baby boy secara pembedahan. Sepanjang proses tersebut saya tengok. Saya tak pernah miss untuk sambut anak saya. Kesemua enam anak saya disambut oleh satu doktor. Saya tak cari doktor lain,” katanya lagi.
Terdahulu, Awie dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Oktober 2016 dan ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan mereka.
Sebelum ini, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah pula dengan Rozana Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon, Haliza Misbun pada tahun 2006.
Hasil perkahwinan tersebut, Awie dikurniakan pula tiga orang cahaya mata dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Sumber: Instagram Datuk Awie & Datin Ladyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zara Zya mengakui dia ada mendapatkan khidmat melakukan prosedur kecantikan di bahagian muka dan bibir untuk tampil kelihatan awet muda.
Menurut Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia mengambil inisiatif tersebut kerana ingin menghilangkan kedutan di wajah yang semakin ketara seiring peningkatan usia.
Tak Ubah Bentuk Dan Struktur Asal Muka, Hanya Suntikan Vitamin Sahaja
Malah, Zara turut menepis dakwaan dia cuba untuk mengubah bentuk muka, sebaliknya apa yang dilakukannya itu hanyalah suntikan vitamin semata-mata.
“Apa yang saya buat itu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ia (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.
“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang.
“Apabila tegang, bibir akan menjadi lebih mungil dan berwarna kemerah-merahan,” katanya memetik video yang dikongsikan menerusi TikTok Melodi.
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan jenama Rolex bernilai puluhan ribu kepada isteri, penyanyi Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-36.
Shuib mengakui ia merupakan hadiah termahal yang pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.
“Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.
“Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya.
“Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkambang positif,” kata Shuib.
Pasangan ini ditemui di majlis kejutan hari lahir Sarah yang diadakan di U3 Hotel Subang pada Isnin.
Tambah Sarah pula, dia mengakui tidak pandai memakai barangan berjenama dan mahal.
“Sejujurnya, saya agak terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan yang mahal-mahal.
“Pada masa sama, saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini.
“Shuib adalah hadiah paling berharga untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Ditanya apkah harapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi Manis ini mengharapkan agar perkahwinannya kekal harmoni bahagia selain sentiasa berada di dalam ramatNya.
Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!