Penyanyi, Ifa Raziah akui kurang senang dengan komen yang diberikan oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Di Pintu Syurga di program realiti terbaru, Terpaling Juara.

Menurut Ifa, penurunan kemampuan vokal sebenarnya merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi itu sudah pun meningkat usia.

“Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda “Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda

“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang kelaut sikit.

“Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang. dulu suara high pitch tak akan dapat macm suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di posting Instagram, Shaffiq.

Ads

“Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda “Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda

Malah, Ifa turut merasakan komen tersebut seperti tidak adil lebih-lebih lagi apabila membanding-bandingkan kemampuan penyanyi lama dan baru.

“So respect la sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang la kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kah masa umur ko 50 nanti. Ko tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.

Ads

“Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda

Pada masa sama, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga menyifatkan penglibatannya di program tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan bukannya untuk mengejar kemenangan.

“Aku masuk pertandingan ni suka-suka je, bukan pasal duit. Setakat RM100k tu, aku pun ada.

Ads

“Tak payah la kutuk-kutuk, kita hidup ni santai-santai je, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH,” akhirinya.

“Umur Aku Dah 50, Memanglah Suara ‘Ke Laut’ Sikit,” – Ifa Raziah ‘Sound’ Balik Guru Vokal Tegur, Minta Jangan Banding Dengan Budak Muda

Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik
video reaksi penuhnya terhadap nyanyian Ifa yang dikatakan agak sumbang sewaktu menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Shaffiq Erwin & Ifa Raziah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI