Pegangannya mudah, jika putus cinta, tangisi dan beralih kepada yang lain.

Tegas Nabila Razali, mengapa perlu diratapi lelaki yang baru dikenali sedangkan ibunya bersusah payah membesarkannya selama 27 tahun.

Sebab itulah, dua buah singlenya, Pematah Hati dan Vroom Vroom memberikan impak gembira meski lirik berkisar kepada putus cinta.

Saya tak mahu lagu minta mati, nak pergi jauh tinggalkan keluarga. Saya bukan orang begitu. Dan macam saya sudah 27 tahun, penat 27 tahun mak jaga saya, takkan sebab seorang lelaki kita nak sedih.

“Rasa sedih itu memang ada tapi tak sampailah tak boleh makan, tak mandi, semuanya tak perlu.

Ads

“Kalau dulu saya putus cinta, saya menangis dan jumpa keluarga. Saya ceritakan dekat mak dan mak marah. Dia jadi benda yang kelakar dan lama kelamaan kita akan lupa.

“Selepas itu, kita mula buku baru. Plenty of fish in the sea, kenapa nak settle with one,” katanya kepada MH.

Namun, apabila sudah bersedia memberi komitmen, kata penyanyi ini, setia adalah perlu, lebih-lebih lagi dalam perkahwinan.

Ads

Melainkan kalau kita dah decide untuk memberi komitmen, kahwin, masa itu setia memang perlu.

“Bukan tidak mahu berkasih, namun  bebanan kerja menyukarkannya memberi masa dan ruang. Lebih-lebih lagi bimbang andai pasangan tidak memahami kerjaya sebagai selebriti.

Ads

“Sekiranya ada yang datang, saya tak akan tolak. Orang kata jodoh jangan tolak. Kita terima dengan hati yang terbuka, buka pintu seluas-luasnya.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa. Dalam hubungan saya kena pastikan saya betul-betul bersedia bagi sepenuh komitmen untuk pasangan. Saya anggap perkahwinan satu yang suci, satu tanggungjawab yang besar.

“Sebagai penyanyi orang selalu nak bergambar dengan kita, tiba-tiba ada lelaki sebaya saya nak bergambar, apa pula perasaan pasangan saya ketika itu. Saya fikir masak-masak, bila dah kahwin, apa yang saya boleh buat dan apa yang perlu dielakkan.

“Mencari pasangan yang memahami pun satu masalah juga. Banyak faktor yang buatkan saya fokus kepada kerjaya,” akhirinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI