Susulan kenyataan yang dikeluarkan isterinya, Nelissa Nezam, Ammar Alfian membalas kenyataan isterinya, Nelissa Nezam itu.
Bagaimanapun, bintang Paskal ini tetap positif apabila sesetengah netizen mengecam tindakannya yang didakwa telah berlaku curang saat Nelissa sarat hamil enam bulan.
“Nak hina hinalah. Mahu menilai saya dari kesalahan saya, terpulanglah.
“Saya tak sempurna dan tak akan jadi sempurna. Saya sentiasa mahu memperbaiki diri dari hari ke hari. Sebelum ini, saya mudah naik angin apabila ada yang memandang saya pelik.
“If a girl bitching about me it’de be touch and leave.The young me.
“Sekarang umur saya sudah meningkat. Saya tak buat semua itu lagi.
“Apa yang saya cuba katakan ialah saya tidak begitu baik, saya juga tak pernah kata yang saya baik. Tapi saya CUBA! Saya cuba untuk jadi seorang Muslim, suami dan bapa yang baik.
“Kepada semua orang di luar sana, saya bukanlah contoh terbaik. Kita ambil yang jenih, kita buang yang keruh.
“Saya juga sedang mencuba memperbaiki hubungan rumah tangga saya. Insyallah.
“Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan dan mendoakan kami. Semoga Allah merahmati kalian,” tulisnya.
Menerusi status tersebut, Ammar dihujani komen yang pelbagai dari netizen.
Terdahulu, Nelissa dilihat kurang senang apabila Ammar memuat naik foto dakapan mesra bersama di Instagram Ammar.
Malah hubungan rumah tangga mereka mulai goyah apabila Ammar dikatakan bertindak curang ketika Nelissa sarat hamil enam bulan.
Nelissa juga baru sahaja mengadakan sesi ‘baby shower’ bersempena dengan kelahiran permata hati sulungnya itu, tanpa ditemani suami di sisi.
Difahamkan, Ammar pada ketika itu berada di Sepanyol bagi menyertai sebuah aktiviti sukan di sana.
Foto : Instagram Ammar