Umur Watie Hanifiah Genap 35 Tahun, Shuib Ucap; “Selamat Ulang Tahun.”

Share

Pempengaruh Watie Hanifiah telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35, hari ini.

Malah momen makan malam istimewa bersempena hari jadi turut dikongsikan usahawan itu menerusi laman Instagram.

“8 Feb 88. Bertambah Umur, bertambah matang. Bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab, bertambah pengalaman.

“Bertambah bilangan dan bertambah bahagia. Alhamdulillah, bertambah Syukur.

“Oh… tertinggal lagi satu. Bertambah Gemoi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.


Perkongsian berkenaan pantas menerima reaksi serta ucapan daripada para pengikutnya.

Malah penyampai radio dan pelawak, Shuib turut sama meninggalkan ucapan ringkas buat Watie.

“Selamat ulang tahun,” komen Shuib yang disusuli dengan emoji yang diikuti dengan reaksi peminat.

Terdahulu, hubungan baik di antara keduanya bukan lagi rahsia apabila Shuib tidak menafikan mereka sedang berkawan rapat.

Memetik laporan media, dia selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan Watie kerana wanita itu mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.

Gara-gara pendedahan tersebut, Watie mula menjadi perhatian netizen dan peminat mula mengambil tahu mengenai apa sahaja perkongsian Watie di media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sin

i

Published by
MH