Pelawak dan hos, Jihan Muse mengumumkan dirinya telah pun selamat timang anak kedua selepas tiga minggu bersalin.
Berita gembira tersebut dikongsikan dia dan suami, Ungku Haris menerusi Instagram selain turut mendedahkan nama anak kedua mereka.
“Izinkan saya perkenalkan putera kedua kami yang diberi nama Ungku Altamis Barr Ungku Faizal Haris,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pasangan ini turut memohon agar anak kedua mereka mendapat perlindungan Allah dengan berkongsi potongan doa dari ayat al-Quran.
Sebelum ini, Jihan akui tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Sekaligus, Jihan tidak mengendalikan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), bersama Nabil Ahmad kerana kini menjalani tempoh berpantang.
Tempatnya itu digantikan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 2016 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Dah Selamat Melahirkan Baby Gurl 2.5Kg,” – Tahniah! Enot Kini Bergelar Nenek Pada Usia 42 Tahun
Tahniah diucapkan buat pelakon, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah yang kini sudah pun bergelar nenek apabila anak sulung, Andriana Balqis selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada Isnin.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bintang berusia 42 tahun itu turut mendedahkan anaknya selamat bersalin secara normal.
Andriana mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannyq pada Mac tahun lalu.
“Assallamualaikum… Alhamdulilah anak sy dah selamat melahirkan baby gurl 2.5kg.
“Allahuakbar syukur ya Allah dua2 sihat.. tq sume yg mendoakan anak sy dan cucu gurl sy.. now im officials Tokmamok.
“Alhamdulilah terima kasih ya Allah atas nikmat ni,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat pada ruangan komen.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Terdahulu, Enot ada memuat naik perkembangan proses kelahiran cucunya itu menerusi Insta Stories selain turut merakam perasaan sebak ketika menanti detik Andriana yang sedang melahirkan anak pertamanya.
Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.
Enot sebelum ini pernah berkongsi sekeping foto bersama Andriana sambil menggambarkan jarak usia di antaranya bersama cucu yang bakal lahir.
View this post on InstagramA post shared by ENOT (@enot_78) on
Foto: Instagram Enot
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“4 Jam Saya Bertarung Nyawa Bersalin Secara Normal,” – Jasmin Hamid Kongsi Detik Bersalin, Kasih Ibu Bawa Ke Syurga!
Berkongsi pengalaman indah, Jasmin Hamid menerusi laman Instagram memuatnaik sekeping keratan akhbar memaparkan detik-detik istimewa selepas melahirkan anaknya, Haziq Macquistan.
Haziq kini sedang mencuba nasib sebagai pelakon.
Bersyukur masih ada peminat yang menyimpan salinan artikel ini untuknya mengimbau kembali saat bertarung nyawa melahirkan seorang umat Adam.
“Masyaallah…
“Saya terima kiriman gambar dari peminat saya.. Terima kasih @jelapangpadimai
“Saya sendiri tak ada gambar ni.. Masa saya bersalinkan Big Boss tahun 2001..4 jam uols saya bertarung nyawa bersalin secara normal .. Lahir berat Big Boss cuma 2.9kg je tapi lepas tu,bagai kena pam badannya tapi sekarang ni dah menggalah pulak..Dah 6 kaki tingginya. Jangan tak muat pintu sudah ?..
“Syukur yang tak terhingga sebab selamat melahirkan dan saya di kelilingi oleh keluarga tercinta dan sahabat pertama yang datang ziarah saya ialah Seniwati @lisbon05.”
Ulas pelakon berusia 47 tahun ini lagi, anak-anak seharusnya berbakti atas pengorbanan ibu melahirkan mereka ke dunia.
“Pengorbanan seorang ibu di saat melahirkan.. Semoga anak-anak akan ingat dan berbakti kepada ibu yang melahirkan mereka.. @ihmian
“Saat ibu melahirkan ni ada macam -macam dugaan tapi ada juga yang senang.. Tapi ada juga yang sampai tumpah darah dan meninggal selepas melahirkan..
Uols pulak berapa jam dalam labor room? Hebat Bukan?”
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Terharu dengan kasih ibu yang tiada tolok banding, netizen turut sama berkongsi kisah melahirkan di ruangan komen.
Jasmin mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada Februari 2008. Haziq merupakan satu-satunya anak hasil perkahwinan pasangan ini.
Foto – Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jumpa Yang Sama ‘Cartoon’ Dengan Diri Saya,” – Yuna Rahim Syukur Berjodohan Dengan Nurakmal
Pelakon Yuna Rahim, 27, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muhammad Nurakmal Ayub,27, pada Sabtu bersyukur kerana dijodohkan dengan insan yang serasi.
Sambil berkongsi foto sejurus selamat diijabkabul, bintang drama Diari Seorang Suami ini juga menitipkan ucapan buat semua yang hadir bagi meraikan hari bahagia mereka.
“Alhamdulillah jumpa yang sama sama cartoon dengan diri saya. Terima kasih buat semua yang hadir majlis saya yang serba serdahana.
“InsyaAllah sanding nanti memang saya invite semua kawan kawan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat pasangan raja sehari.
Terdahulu, mereka Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad.
Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.
Yuna menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Mereka menjalin hubungan cinta sejak pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September 2022.
Sementara itu, suaminya ada berkongsi beberapa hantaran sepanjang majlis berlangsung menerusi platfrom sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI