Sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor minggu lalu, segala perkembangan terkini mengenai aktres Nad Zainal akan dikongsikan oleh rakan baiknya, pelakon Ungku Ismail Aziz.
Setelah beberapa sering berkongsi update mengenai keadaan Nad, semalam lain pula nadanya buat Ungku Ismail apabila dia kecewa kerana ada pihak-pihak yang menyalah erti tindakannya itu dengan menganggap dia sengaja menumpang populariti aktres berkenaan.
Menerusi IG Story yang dikongsikannya, Ungku Ismail berkata;
“Kecewa… bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase (mengubah) cakap saya seolah saya ni batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.
“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil perasaan tentang akal dan kematangan saya.
“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubugan kerjaya.
“Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad dan saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.
“Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” tulis Ungku Ismail.
Sehubungan itu, aktor tersebut telah mengambil keputusan enggan lagi berkongsi update terbaharu mengenai keadaan terkini Nad menerusi mana-mana platform selepas ini.
“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan update lagi tentang keadaan Nad dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain.
“Kata akhir saya, saya pohon agar kita semua terus mendoakan agar kesihatan dan kesejahteraan Nad kembali sembuh seperti sedia kala.
“Tolong jangan berhenti berdoa untuk dia,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ungku Ismail Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI