Berkesempatan menonton secara langsung Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Ahad lalu memberi ruang buat pelakon dan hos Datin Lisa Surihani untuk bertemu seterusnya menitipkan dedikasi buat rakan artis yang kini sedang bersaing.
Meluahkan pujian buat Tomok, Lisa secara seloroh mengakui ia ‘reunion’ yang tidak dirancang bersama rakan pelakonnya menerusi filem Istanbul Aku Datang itu.
“Unplanned mini Istanbul Aku Datang reunion. Happy to see Azad and my dear sister Tisha again after so long. Tomok, Lisa tumpang happy and kagum tengok Tomok perform setiap minggu smpai look forward nak tengok apa agaknya creativity menarik yang akan Tomok persembahkan no matter what challenge.
“You have always been so humble dan tak boleh nafikan juga, Tomok ada courage yang tinggi menyahut cabaran dan nampak sangat Tomok kerja keras dan tidak senang putus asa.
“Kualiti pendirian yang dihormati. Alhamdulillah, mara ke minggu seterusnya! All the best for the final two weeks!,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Lisa turut merakam foto bersama isteri Beto Kusyairi.
Dalam pada itu, Lisa juga ada berkongsi dedikasi sama kepada penyanyi Jaclyn Victor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI