Pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 (BS2020), Qody Rany ada menjawab spekulasi yang mempersoal mengenai status dirinya.

Menurut Qody, dia sememang telah berkahwin, namun lebih selesa untuk tidak berkongsi perihal rumah tangganya bagi menghormati permintaan isteri.

Jelas penyanyi itu lagi, dia sebolehnya enggan bercerita mengenai kisah keluarganya kerana bimbang mereka akan terpalit sama sekiranya dia ada melakukan kesilapan.

“Kalau orang bertanya mengenai status saya, ya saya memang dah berkawin. Tapi untuk berkongsi mengenai isteri saya mungkin tidak.

“Saya pun menghormati keputusan dia kerana dia juga tidak mahu. Yang berkerja adalah saya. Sedangkan hal keluarga pun saya jarang kongsi.

“Saya tak nak andai kata saya ada tersilap langkah, mereka juga akan terkena tempiasnya. Biar saya tak kongsikan langsung. Kalau orang nak tahu hal famili saya, saya boleh tunjuk.

Ads

“Tapi untuk saya berkongsi mengenai mereka di media sosial saya tidak mahu,” katanya kepada MH.

“Untuk Berkongsi Mengenai Isteri, Mungkin Tidak,” – Mengaku Dah Kahwin, Tapi Qody Rany Tak Mahu Cerita Fasal Keluarga Sebab…

Dalam pada itu, Qody turut mendedahkan dirinya juga telah banyak belajar daripada kesilapan terdahulu dan kini hanya ingin memberikan fokus terhadap kerjaya seninya sahaja.

“Saya pun belajar daripada kesilapan terdahulu, disebabkan masalah saya, famili saya terkena sama. Mereka juga kena kutuk.

Ads

“Sebab itu saya tidak akan tag di mana-mana platform media sosial kerana itu adalah privasi saya. Yang berkerja adalah saya.

“Isteri saya hanya pesan supaya saya pandai bawa diri. Lagi pun saya ni menumpang rezeki dia juga ni.

“Selepas berkahwin, saya terus terpilih untuk masuk Big Stage 2020 yang saya dah tunggu lama,” kongsinya lagi.

Ads

Ketika ditanya mengenai penerimaan peminat mengenai statusnya, Qody akui peminat kini bijak menilai.

“Bagi saya, masyarakat masa kini pemikiran mereka dah terbuka. Tidak semestinya bila seseorang artis itu dah berkahwin atau mempunyai pasangan, orang tak boleh meminati kita.

“Yang kita jual adalah bakat dan bukanlah hal-hal berkaitan peribadi. Untuk tahun 2020 dan ke hadapan, saya percaya orang dah boleh menerima.

“Budaya barat mungkin begitu, tapi tidak di sini,” akhirinya.

“Untuk Berkongsi Mengenai Isteri, Mungkin Tidak,” – Mengaku Dah Kahwin, Tapi Qody Rany Tak Mahu Cerita Fasal Keluarga Sebab…

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI