“Untuk Disatukan Kembali Bersama Suami,” – Dayah Bakar Buat Penampilan Terakhir Bersama Borak Kopitiam, Peminat Luah Rasa Sedih

Share

Pengacara Dayah Bakar, memaklumkan hujung minggu lalu merupakan siaran terakhirnya bersama program bual bicara pagi, Borak Kopitiam.

Menurut Dayah, sepanjang memulakan kerjayanya sebagai seorang pengacara, dia tidak pernah mengambil cuti yang panjang kerana amat komited dengan bidang kerjanya itu.

Oleh yang demikian, Dayah memutuskan untuk berehat seketika bagi meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan juga suaminya yang bakal pulang tidak lama lagi.

 “Semenjak Dayah mula mengacara, Dayah tak pernah ada satu cuti yang panjang . I love what I’m doing and I just don’t know how to stop. I give all my heart for the audience each and everytime I’m on screen .

“Sekarang , izinkan Dayah dan Achbar Muhammad Fahri, untuk berehat sebentar untuk disatukan kembali bersama suami. In sha Allah, I’ll come back stronger,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Dayah turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada dirinya selama ini.

“Thank you for all the love , warm wishes dan doa yang baik-baik untuk Dayah dan keluarga . Dayah terima message tak henti-henti , masha Allah . I feel loved and appreciated alhamdulillah ❤️

“Don’t worry. I’m still here ! I’ll be working ONLINE ! Always stay connected ok ? Salam sayang, DB,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga segala urusan Dayah dan keluarga selepas ini akan dipermudahkan.

Difahamkan suami kepada Dayah, Kapten Muhammad Hanif dikhabarkan bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi selepas hampir setahun ditugaskan di Australia.

Terdahulu, Dayah dan Hanif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Jun 2018 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang lahir pada 17 Ogos lalu.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Published by
Aizam Manaf