Nampaknya lirik lagu ciptaan selebriti media sosial dan penyanyi Takahara Suiko berjudul Pertahan Maruah Lelaki tular selepas menerima pelbagai bentuk reaksi daripada netizen.
Rata-ratanya membayangkan liriknya seperti ‘sesuatu’ meski gaya nyanyiannya mendapat pujian ramai.
Lirik yang mengandungi lirik berbentuk sindiran kepada golongan lelaki seperti “untuk melemahkan p*n*imu, yang semudah lalang mudah dikawal nafsu” ini agaknya cukup pedas untuk diterima umum.
Mendapat reaksi berbeza dari pengguna media sosial lelaki, ada yang memaklumkan bahawa penjenayah mana ada masa nak dengar dan usah rendahkan martabat perempuan.
“Hahahaha ingat penjenayah nak dengar ke kau nyanyi ni? Kau nyanyi pun samun, rogol, rompak, still ada jugak. Come on, takkan macam ni level perempuan fikir?
Tersentak dengan ‘level’ pemikiran lelaki, Redza Minhat menerusi laman Twitter menjemput netizen untuk turut sama ‘join the bashing party’.
Ads
“You are cordially invited to a bashing party of a man (below) who is an embarrassment to the species. Please chip in.”
Ads
Lirik yang berkisar kepada kelemahan lelaki menahan nafsu dan stereotaip perempuan lemah tak reti jaga diri membuatkan kaum lelaki naik berang.
Menurut Takahara lagi dalam liriknya, dia meminta lelaki pakai otak sendiri sambil menyelitkan klip rakaman cctv kejadian samun yang berlaku di lif MRT Cheras baru-baru ini.
Foto – Twitter & Instagram Takahara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun 2024 disifatkan tahun yang agak cemerlang selepas meraih satu persatu kejayaan, penyanyi Aisha Retno akui agak terkilan bila ada rakan industri yang dikatakan kurang senang dengan pencapaiannya itu.
Menurut Aisha, dia ternyata berbangga dengan setiap kejayaan yang diraih namun agak kecewa apabila diperlakukan sedemikian oleh rakan-rakan yang sama-sama berjuang di dalam industri.
“Tekanan daripada netizen, pada saya itu perkara biasa. Saya lalui sejak Big Stage lagi. Namun, kini saya perlu berdepan dengan tekanan daripada orang industri muzik yang seakan cuba menunjukkan sisi kedengkian mereka.
“Lama-kelamaan perkara itu terserlah sendiri. Saya penyanyi baharu dan hanya mahu serlahkan kemampuan diri. Namun, ada pula yang kurang berpuas hati.
“Perkara seperti ini memang agak mengganggu mental saya sepanjang bertanding di THSS ini,” katanya kepada MH selepas tamat konsert The Hardest Singing Show (THSS) semalam.
Katanya lagi, ada beberapa rakan industri yang memilih untuk menjauhkan diri berbanding menyelesaikan masalah secara bersemuka.
“Mereka tidak menunjukkan secara terang-terangan tapi kita tahu apa misi mereka. Saya tak pasti sama ada mereka mahu menjatuhkan saya tapi saya dapat rasa hal itu.
“Mereka juga secara tiba-tiba menjauhkan diri daripada saya. Saya ini seorang yang suka menyelesaikan masalah secara terus. Cerita sini, habis sini.
“Tapi mungkin ada pihak yang lebih selesa untuk menjauhkan diri. Namun, saya bersyukur kerana punyai pasukan yang bantu saya lupakan hal tersebut. Alhamdulillah kehidupan berjalan seperti biasa,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berdepan ganguan ‘aneh’ sejak kebelakangan ini, penyanyi lagu Sutera itu percaya apa yang berlaku adalah disebabkan kepenatan dan kurang rehat.
“Perkara itu di luar pengetahuan saya. Namun, apa yang boleh saya katakan, segala kesakitan fizikal dan mental ini mungkin berlaku disebabkan diri saya yang kurang rehat dan makan.
“Saya memang ada rasa perubahan dalam diri. Lebih-lebih lagi kita penat dan perkara seperti ini mudah terjadi.
“Alhamdulillah saya sudah dipagari oleh kedua ibu bapa yang cukup ilmu agamanya. Saya mintak sangat perkara ini dijauhkan,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga agak ralat kerana individu melakukan tindakan sedemikian merupakan idolanya sejak awal berkecimpung di dalam dunia seni.
“Saya rasa terkilan dan agak sayang kerana saya pernah mengidolakan mereka sejak awal masuk industri. Bila jadi macam ni, saya jadi sedih bila industri kita yang kecil ini pun, ada yang nak mendengki.
“Saya agak terkejut. Baru saya tahu tak semua orang baik,” ujarnya.
Berkongsi tentang THSS, dia tetap bersyukur dan berpuas hati meskipun gagal meraih kedudukan tiga teratas.
“Saya memang puas hati dengan persembahan final. Banyak yang telah saya buktikan menerusi pertandingan ini.
“Semua finalis ini hebat-hebat belaka dan Aepul Roza memang layak jadi juara,” tuturnya.
Semalam, Aisha yang merupakan salah seorang peserta THSS diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Dia menerima wang tunai bernilai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui bintang antarabangsa terkenal, Katy Perry, 37, merupakan tunang kepada pelakon popular, Orlando Bloom,45. Pasangan ini mula menjalin hubungan sejak tahun 2016 sebelum bertunang pada Februari 2019.
Ramai yang tertanya-tanya mengapakah pasangan ini belum berkahwin sedangkan mereka sudah lama hidup bersama sehingga ada gosip mengatakan mereka sudah berpisah selepas Katydilihat tidak memakai cincin pertunangan dan tidak menghadiri Met Gala bersama Orlando awal bulan ini.
Walau bagaimanapun, juri rancangan American Idol ini menyangkal segala gosip liar dengan menyatakan mereka masih bersama bahkan hidup bahagia.
Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse ini menjelaskan bagaimana mereka saling melengkapi, kerana Orlando mengekalkan sikap positif pada setiap masa, sedangkan dia lebih ‘terdedah kepada kemurungan’.
Dalam satu sesi temu bual bersama Chelsea Handler di podcast Dear Chelsea, Katy menjelaskan yang dia selalu tberfikir bagaimanakah Orlando boleh menceriakan suasana dan ramai orang tertanya-tanya apakah yang dia miliki.
Ujarnya, “Dia benar-benar gembira, aura positif manakala saya seorang yang mudah pening dan boleh mudah terdedah kepada kemurungan. Jadi adalah baik untuk saya berada bersama dengannya kerana dia membuatkan saya tidak terlalu terfikir tentang perkara yang mengganggu fikiran.”
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi yang dia dan Orlando menggunakan khidmat ahli terapi untuk membantu mereka menjadi lebih baik sebagai pasangan.
“Pasangan anda biasanya melihat sisi terbaik dan sisi terburuk anda kerana mereka berada di sana untuk menjadi cerminan kepada diri kita, Orlando dan saya melakukan terapi pasangan, dan kami menyukainya kerana ia membuatkan kami sentiasa senada dalam apa jua yang dilakukan, dan rasa dendam boleh menjadi sangat kuat apabila anda berdua bekerja keras.
“Tuhan memberkati orang yang berjaya dalam perhatian, jadi apabila anda ingin kembali menjadi normal seperti orang lain yang mana anda mempunyai anak dan sebagainya, anda perlu benar-benar belajar bagaimana untuk menjadi jenis yang berbeza di luar sana dalam dunia yang besar dan juga kecil. Oleh itu, kami mempunyai banyak kejayaan dengan terapi pasangan itu,” jelasnya panjang.
Sekadar informasi, pasangan ini memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Daisy Dove Bloom yang dilahirkan pada 26 Ogos 2020. Selain itu mereka turut membesarkan Flynn Bloom,11, yang merupakan anak Orlando bersama bekas isterinya, Miranda Kerr.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan