“Untuk Melemahkan P*n*imu, Yang Semudah Lalang Mudah Dikawal Nafsu,” – Lirik Lagu Macam ‘Sesuatu’, Ini Reaksi Redza Minhat!

Share

Nampaknya lirik lagu ciptaan selebriti media sosial dan penyanyi Takahara Suiko berjudul Pertahan Maruah Lelaki tular selepas menerima pelbagai bentuk reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya membayangkan liriknya seperti ‘sesuatu’ meski gaya nyanyiannya mendapat pujian ramai.

Lirik yang mengandungi lirik berbentuk sindiran kepada golongan lelaki seperti “untuk melemahkan p*n*imu, yang semudah lalang mudah dikawal nafsu

” ini agaknya cukup pedas untuk diterima umum.

Mendapat reaksi berbeza dari pengguna media sosial lelaki, ada yang memaklumkan bahawa penjenayah mana ada masa nak dengar dan usah rendahkan martabat perempuan.

“Hahahaha ingat penjenayah nak dengar ke kau nyanyi ni? Kau nyanyi pun samun, rogol, rompak, still ada jugak. Come on, takkan macam ni level perempuan fikir?

Tersentak dengan ‘level’ pemikiran lelaki, Redza Minhat menerusi laman Twitter menjemput netizen untuk turut sama ‘join the bashing party’.

“You are cordially invited to a bashing party of a man (below) who is an embarrassment to the species. Please chip in.”

Lirik yang berkisar kepada kelemahan lelaki menahan nafsu dan stereotaip perempuan lemah tak reti jaga diri membuatkan kaum lelaki naik berang.

Menurut Takahara lagi dalam liriknya, dia meminta lelaki pakai otak sendiri sambil menyelitkan klip rakaman cctv kejadian samun yang berlaku di lif MRT Cheras baru-baru ini.

Foto – Twitter & Instagram Takahara

Published by
Noraini Abd Wahab